September 26th, 2020

Usaha pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari untuk menambah zuriat baru selama hampir tiga tahun bukanlah sesuatu yang sia-sia apabila hajat itu bakal termakbul tak lama nanti.

Perkara menggembirakan ini dimaklumkan sendiri oleh lelaki tersebut menerusi laman Instagramnya kelmarin. Katanya, usia kandungan kedua Yana Samsudin sudah pun menjangkau usia 8 bulan dan dijangka akan dilahirkan pada awal November ini.

“Alhamdulillah nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara mara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha.”

Dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan perkara baik ini untuknya dan turut sempat berseloroh mengenai penerimaan Aisy Mateen terhadap berita ini.

“Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan.”

yana samsudin hamil anak kedua

Rata-rata peminat nyata terkejut dengan berita kehamilan ini memandangkan Yana Samsudin langsung tidak memberikan sebarang klu mengenainya. Malahan wanita itu sering memuat naik foto yang tidak menampakkan bahagian perutnya lantas menyebabkan rahsia ini tersimpan dengan kemas.

Tahniah kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, semoga semuanya baik-baik sahaja.

January 14th, 2020

Siapa kata bermain permainan video membuang masa dan tidak boleh menjana pendapatan? Perkara ini telah pun dibuktikan oleh seorang suri rumah yang baru-baru ini viral apabila berjaya mendapat pendapatan mencecah RM18,000 hanya dengan  bermain PUBG.

yana samsudin game

Terbaru, pelakon popular Yana Samsudin turut melakukan perkara yang sama. Dia kini aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak Ogos lalu dan akan menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam sehari untuk aktiviti tersebut.

Yana sememangnya minat bermain permainan video sejak di bangku sekolah lagi dan suaminya, Fadzil Zahari juga faham akan minatnya itu. Dia sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain.

yana samsudin

Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingg enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu.

Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya.

yana samsudinMenurut Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan hanya bermain permainan video semata-mata. Walaubagaimanapun, dia tidak mendedahkan jumlah pendapatannya.

Yana bijak menggunakan peluang yang ada dan didorong pula dengan minatnya yang begitu mendalam terhadap permainan video. Gabungan ini pastinya menguntungkan ditambah pula dengan usaha, pasti ia akan membuahkan hasil. Steady Kak Yong..

Sumber Berita : Harian Metro

June 13th, 2017

Pelakon Yana Samsudin akui beliau sudah sangat teringin untuk hamil sekali lagi meskipun anak sulungnya, Aisy Mateen baru berusia 10 bulan.Walaubagaimanapun, Yana harus bersabar untuk menimang cahaya mata kedua atas nasihat doktor. Menurut Yana, doktor menasihatinya untuk hamil semula selepas Aisy berusia 2 tahun.

Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang cahaya mata kedua itu membuak-buak. Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seelok-eloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana saya melahirkan anak pertama secara pembedahan.

Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti. Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti.

Bila sudah ada cahaya mata sulung, memang lumrah wanita akan teringin untuk melalui pengalaman hamil sekali lagi. Apa-apa pun, tunggulah sehingga badan Yana pulih sepenuhnya selepas melahirkan Aisy Mateen secara pembedahan. InshaAllah, akan ada rezeki untuk Yana timang cahaya mata lagi nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

December 19th, 2016

Pelakon Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari hujung minggu lepas telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertama mereka, Aisy Mateen.

Majlis yang sederhana itu berlangsung di Shah Alam dan dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat dan juga rakan selebriti.

Aisy Mateen dilahirkan tanggal 21 Julai lepas dan sering menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya.  Ada yang mengatakan Aisy seperti watak kartun popular Sin Chan. Hehe..

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Aisy Mateen dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : MAZAZI PRODUCTION