Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Usia Kandungan Cecah 8 Bulan, Yana Samsudin Bakal Timang Anak Kedua

yana samsudin hamil anak kedua

Usaha pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari untuk menambah zuriat baru selama hampir tiga tahun bukanlah sesuatu yang sia-sia apabila hajat itu bakal termakbul tak lama nanti.

Perkara menggembirakan ini dimaklumkan sendiri oleh lelaki tersebut menerusi laman Instagramnya kelmarin. Katanya, usia kandungan kedua Yana Samsudin sudah pun menjangkau usia 8 bulan dan dijangka akan dilahirkan pada awal November ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share & ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin terima kasih terima i seadanya ? sama2 berkongsi hidup kurang lebih dah 5tahun.. + 3tahun sebelum kahwin dah 8tahun berkenalan…? Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan2 dan sedara semua yang isteri abang dah pregnant 8bulan setelah lebih 3tahun menunggu dan usaha, terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat balas jasa hangpa semua…?? @aisymateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan ?

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on

Advertisement

“Alhamdulillah nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara mara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha.”

Dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan perkara baik ini untuknya dan turut sempat berseloroh mengenai penerimaan Aisy Mateen terhadap berita ini.

“Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan.”

yana samsudin hamil anak kedua

Rata-rata peminat nyata terkejut dengan berita kehamilan ini memandangkan Yana Samsudin langsung tidak memberikan sebarang klu mengenainya. Malahan wanita itu sering memuat naik foto yang tidak menampakkan bahagian perutnya lantas menyebabkan rahsia ini tersimpan dengan kemas.

Tahniah kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, semoga semuanya baik-baik sahaja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. teka masked singer

    September 27, 2020 at 3:41 am

    Yana samsudin adalah ABC dalam masked singer.Lepas diberi hint Korea, terus dapat cam suara. comel je pregnant2 jadi ABC

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama