October 11th, 2018

Penyanyi Aishah menegaskan beliau tidak akan membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Vida seperti yang dituntut. Sudah terbukti hadiah berlian itu adalah palsu dan pakar mengenai barang kemas juga sudah mengesahkannya.

Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia. Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya.

Aishah juga enggan menarik balik sebarang kenyataan mendakwa berlian itu palsu daripada media sosialnya. Ini adalah maruah serta perjuangan serta pendiriannya sebagai anak seni. Beliau tidak mahu perkara melibatkan pihak penaja dan artis seperti ini berulang lagi serta merosakkan lagi industri.

Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu. Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada.

Penaja ada duit untuk menaja program. Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan.

Terdahulu, DSV menerusi satu sidang media khas berkata beliau hanya akan memohon maaf dan berfikir untuk menggantikan berlian itu dengan barangan kemas lain sekiranya Aishah melaksanakan  tiga perkara yang dituntut iaitu memohon maaf, memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial dan turut ingin mengadakan pertemuan serta bersemuka dengan Aishah untuk menyelesaikan segala masalah dan kemelut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online

Advertisement
October 11th, 2018

Gara-gara merasa geram dengan tindakan Aishah berikutan kontroversi hadiah berlian, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah mencadangkan agar pihak Astro menarik balik kemenangan Aishah di GV4. Tentu sekali perkara itu mengudang kemarahan ramai dan beliau teruk dikecam oleh netizen.

Walaubagaimanapun, DSV memohon maaf di atas cadangannya dan menjelaskan kenyataan yang beliau keluarkan itu ketika dalam keadaan marah.

Saya pun terkejut sebab tiba-tiba dia (Aishah) tubik (keluar) dalam media sosial cakap palsu. Marilah jumpa saya dulu, kenapa nak tubik dulu. Saya pun ada angin juga, masa tu mulut  geram, jadi itulah yang tertubik. Itu saya minta maaf.

Dalam pada itu, tetap mempertahankan pendapat dan kenyataan beliau bahawa program GV sememangnya bertujuan untuk menaikkan artis ‘sendu’.

Sekiranya perkataan sendu itu mengguris hati siapa-siapa yang terasa dia sendu,  kenapa dia terasa dia sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu. Yang sendu tu kenapa terasa, ‘wake up’, ‘move on’, jadikan diri anda tak sendu.

Sejujurnya, kedua-dua belah pihak iaitu Aishah dan DSV tegas dengan pendirian masing-masing. Namun, kami tetap berharap kemelut antara mereka ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
October 5th, 2018

Sebagai penaja utama GV5, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk menemukan penyanyi Aishah dan juga Datuk Seri Vida bagi menjernikan kembali hubungan mereka selain menyelesaikan segala kemelut berkaitan isu hadiah rantai berlian palsu.

Mengakui niat Aliff itu sangat baik, DSV bagaimanapun memberitahu perkara itu bukan mudah untuk dilakukan memandangkan beliau cukup terkesan dengan kontroversi itu. Bukan sahaja masih menerima kecaman daripada netizen tetapi perniagaannya juga turut terjejas sehingga menyebabkan kerugian besar.

Datuk Aliff ada berhubung dengan saya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan beliau. Saya puji niat ikhlas beliau. Walaupun bagi dia minta maaf tak bererti kalah, ia tidak dapat melenyapkan kecaman netizen terhadap saya.

Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang, siapa yang nak bertanggungjawab?

DSV juga akui insiden tersebut benar-benar memalukannya sehingga beliau sukar untuk meminta maaf.

Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa apabila rantai berlian yang dikatakan bernilai RM 80,000 yang dihadiahkan oleh DSV adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang nilai. Namun, jutawan kosmetik itu menafikan dakwaan itu. Kemudian, Aishah pada Ogos lalu memberitahu beliau ingin mengambil tindakan undang-undang sekiranya DSV tidak mahu menyelesaikan isu ini dan memberikan sesuatu yang lebih setimpal untuk ditukar ganti dengan berlian tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
October 2nd, 2018

Umum mengetahu kemelut yang berlaku antara juara Gegar Vaganza 4 dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Semuanya bermula apabila Aishah mendedahkan DSV selaku penaja program tersebut memberikan beliau hadiah rantai berlian palsu. Pelbagai isu yang timbul mengenai perkara itu.

Tahun ini pula, Datuk Seri Aliff Syukri pula yang menjadi penaja utama Gegar Vaganza 5 dan beliau pula berniat untuk mempertemukan Aishah dan DSV untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang mereka hadapi.

Walaupun tidak terlibat dalam permasalahan ini, namun saya terpanggil untuk masuk campur dan menawarkan bantuan kerana kedua-duanya adalah kenalan baik saya dan mahu menjernihkan hubungan mereka. Saya sudah pun berbincang dengan Astro mengenai hal ini dan butir perbincangan akan dimaklumkan kepada umum usai pertemuan tersebut diadakan kelak.

Aliff pada masa yang sama menafikan beliau cuba mencetuskan gimik mahupun  menangguk di air yang keruh untuk melariskan lagi produknya. Niat beliau cuma satu, ingin melihat kedua-dua wanita itu berbaik.

Saya tidak berniat menunjukkan diri ini seperti malaikat, cuma membantu sekadar yang termampu. Sebagai penaja utama program besar seperti ini, jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan baik, barang kali secara tidak langsung akan menjejaskan nama baik syarikat saya. Jadi, inilah peluang terbaik untuk dimanfaatkan bersama agar kekeruhan itu dapat dijernihkan kembali.

Harapnya segala perancangan ini berjalan lancar dan bolehlah Aishah dan DSV bertemu empat mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan berbincang untuk menyelesaikan segala masalah mereka sebelum ini.

Sumber Berita : Utusan Online

Advertisement