Written by Bella | July 5th, 2019

Kemelut diantara penyanyi Aishah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sudah pun berakhir. Namun, timbul pula isu baru dimana Aishah seakan menyindir pengacara, Jihan Muse sehingga tercetusnya pelbagai spekulasi dan persoalan ramai.

Aishah berkata, Jihan tidak mahu memberikan kerjasama untuk menjadi sepina iaitu arahan daripada pihak mahkamah kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada masa yang ditetapkan untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan sesuatu kes.

Bukan itu sahaja, Jihan didakwa menyindir dengan menyifatkan Aishah dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa tersepit di tengah-tengah.

Bagaimanapun, Jihan enggan memberikan sebarang komen mengenai isu itu dan berkata dia tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan lagi memandangkan isu antara Aishah dan DSV sudah selesai.

Bukankah kes sudah selesai, jadi saya tidak rasa harus memberikan sebarang kenyataan membabitkan kata-kata yang dimuat naik di Instagram sebelum ini. Lagipun kata-kata yang saya muat naik ini sudah lama dan ia tidak lagi relevan untuk diperkatakan apabila kes sudah selesai.

Jihan juga tidak mahu apa yang dikatakannya menjadi salah faham dan mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 4th, 2019

Kontroversi penyanyi lagenda Aishah yang tidak berpuas hati dengan hadiah rantai berlian didakwa palsu tajaan Datuk Seri Vida sebagai hadiah kemenangan dalam sebuah program realiti sudah pun berakhir.

Menerusi akaun Instagram Aishah, dia ada memuat naik perjalanan kisah perjuangannya itu. Tidak dinafikan, bila ditimpa masalah, bukan semua orang yang sudi membantu. Sehinggakan ada juga rakan artis yang mencaci, memaki hamun dan menyatakan rasa tersepit diantara perbalahan yang berlaku.

Namun, setelah dia memenangi kes tersebut, Aishah berkata rakan artis tersebut baru mula menghubunginya dan muncul untuk memberikan kerjasama. Kenyataan Aishah itu menarik perhatian ramai apatah lagi dia turut ‘tag’ nama Jihan Muse.

Ramai juga yang terkejut Jihan juga sebenarnya dikaitkan dalam kontroversi tersebut.  Malah, ada yang merasakan Aishah seakan menyindir sinis Jihan.

Tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua ini. Mungkin juga cuma andaian netizen semata-mata. Apa-apa pun, kita tunggu respon Jihan nanti.

Written by Bella | July 3rd, 2019

Sebelum ini kecoh apabila penyanyi yang juga merupakan juara Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mendakwa bahawa hadiah seutas rantai pemberian Datuk Seri Vida kepadanya adalah palsu. Satu demi satu isu dan kontroversi yang timbul sehingga penyanyi itu membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Namun, khabarnya sengekta antara mereka sudah pun berakhir dan kes mereka diselesaikan menerusi satu sesi mediasi yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terbaru, Aishah yang mengadakan satu sidang media khas hari ini, memaklumkan dia menuntut DSV membayar ganti rugi harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000.

DSV juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas yang perlu diadakan sebelum tarikh 17 Julai ini.  Sekiranya DSV gagal menunaikan perjanjian tersebut seperti yang ditetapkan, pihak Aishah akan mengambil tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan mahkamah.

Selain itu, DSV juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum 7 Julai, Ahad ini.

Terdahulu,  kontroversi serta kemelut DSV dan Aishah bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Malah, Aishah turut menyertakan laporan pakar permata yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 2nd, 2019

Persengketaan antara penyanyi lagenda, Aishah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida gara-gara kontroversi berlian palsu sudah pun berakhir. Kes mereka diselesaikan menerusi satu sesi mediasi yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Menurut peguam yang mewakili Aishah,  tiada perbicaraan penuh yang akan berlangsung di mahkamah.

Mediasi berjaya diselesaikan dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung. Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum nak boleh dikongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian.

Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif.

Terdahulu, kontroversi serta kemelut Aishah dan DSV bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Hadiah itu didakwa bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas. Pelbagai isu mula timbul selepas itu dan akhirnya Aishah membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber Berita : mStar Online