Written by Bella | July 4th, 2019

Kontroversi penyanyi lagenda Aishah yang tidak berpuas hati dengan hadiah rantai berlian didakwa palsu tajaan Datuk Seri Vida sebagai hadiah kemenangan dalam sebuah program realiti sudah pun berakhir.

Menerusi akaun Instagram Aishah, dia ada memuat naik perjalanan kisah perjuangannya itu. Tidak dinafikan, bila ditimpa masalah, bukan semua orang yang sudi membantu. Sehinggakan ada juga rakan artis yang mencaci, memaki hamun dan menyatakan rasa tersepit diantara perbalahan yang berlaku.

Namun, setelah dia memenangi kes tersebut, Aishah berkata rakan artis tersebut baru mula menghubunginya dan muncul untuk memberikan kerjasama. Kenyataan Aishah itu menarik perhatian ramai apatah lagi dia turut ‘tag’ nama Jihan Muse.

Ramai juga yang terkejut Jihan juga sebenarnya dikaitkan dalam kontroversi tersebut.  Malah, ada yang merasakan Aishah seakan menyindir sinis Jihan.

Tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua ini. Mungkin juga cuma andaian netizen semata-mata. Apa-apa pun, kita tunggu respon Jihan nanti.

56 responses to Dah Dengar Kita Menang, Baru Konon Nak Bagi Kerjasama – Aishah Sindir Sinis Jihan Muse?

  1. Anonymous says:

    sesuai lah lofa n jihan berkawan…lol

  2. Peminat Tegar Aishah says:

    Ok Jihan…macamna fake nya beauty ko mcmtu lah fake perangai ko…mulot ko lazer ..no wonder tuhan bagi ko hodoh dgn gigi dan mulot ko rupa xsemenggah…sbb bila muka mulot n gigi ko dah semenggah.,ha macamni lah jadik nya,suka ko nk perli nak umpama kan org mcm haiwan dah macam xde perumpamaan lain ko nak bagi..so ko ni aku bole level tahap 3 punya org! Bila mulut menjangkaui akal…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini