Written by Bella | July 3rd, 2019

Sebelum ini kecoh apabila penyanyi yang juga merupakan juara Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mendakwa bahawa hadiah seutas rantai pemberian Datuk Seri Vida kepadanya adalah palsu. Satu demi satu isu dan kontroversi yang timbul sehingga penyanyi itu membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Namun, khabarnya sengekta antara mereka sudah pun berakhir dan kes mereka diselesaikan menerusi satu sesi mediasi yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terbaru, Aishah yang mengadakan satu sidang media khas hari ini, memaklumkan dia menuntut DSV membayar ganti rugi harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000.

DSV juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas yang perlu diadakan sebelum tarikh 17 Julai ini.  Sekiranya DSV gagal menunaikan perjanjian tersebut seperti yang ditetapkan, pihak Aishah akan mengambil tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan mahkamah.

Selain itu, DSV juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum 7 Julai, Ahad ini.

Terdahulu,  kontroversi serta kemelut DSV dan Aishah bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Malah, Aishah turut menyertakan laporan pakar permata yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.

Sumber Berita : mStar Online

15 responses to Aishah Tuntut DSV Bayar Harga Barang Kemas RM80,000

  1. wekkkkkkkkkkkkkkkkk says:

    meluat aku

    2

    0
  2. mak jemmsssss says:

    xhabis2 lagi ke isu ni haaaaaaaa???

    1

    1
  3. Anonymous says:

    jihan hamil lagi kerrr:-)

    0

    3
  4. pukimawati says:

    si vida ni sengkek sangat ke sampai tak terbayar duit 80,000 tu?

    5

    1
  5. meetomato says:

    Good job Kak Aishah.

    Serve you right DSV kerana menipu & memutar maklumat pasal ketulenan barang kemas itu. Abu2 jer Press Conference awak hari tu. Now, sape nak percaya awak lagi?

    Macam ni ke PhD holder? PhD holder yg betul2 PhD lagi ambik masa buat research, siap dgn supporting documents, result pun ade buktinya, constant discussion dgn supervisors, the amount & dedication lagi attending conferences & participation lagi with publishing & etc.

    Apa yang Kak Aishah ni serves as a reminder to semua penyangak2, penipu2, parasit2 & opportunists especially yang suka ambik kesempatan

    23

    0
  6. Ally says:

    Good job!
    You light up the way utk tunjuk kat org2 sekeliling, don’t bow down to bullies, scammers & hoaxers.
    Kalau kak Aishah tak tampil tegakkan kebenaran, kes2 lain yg terdahulu drp Kak Aishah pun takde siapa tahu sbb takde siapa tampil. Lepas kak Aishah tampil dgn kes akak, baru org2 lain pun tampil ke depan. DSV, c’monlah. Sampai bila u nk kencing rakyat Msia? Rata2 rakyat dah educated, celik serba serbi. You ingat rakyat skrg mcm era sebelum merdeka ker? Masuk kampung dgn baju ropol keliling dunia, brg kemas kiri kanan org dah tergamam. Skrg org dah tak tengok semua ni dah. Org tgk substance bukan appearance.

    14

    0
    • Anonymous says:

      Boikot Jihan Muse…pakai tudung tapi hipokrit….Aishah ajak jadi saksi konon anggap Aishah x betul..tp bila Aisha dah menang…tetiba siap call nak beri bantuan..kejadah haram lah ko Jihan…mmg sial.Pakai tudung tapi hati mcm syaiton….poyo ko Jihan.

      0

      0
  7. anonymous says:

    Aku kena tipu dengan mak Zarina Zainuddin. Jual sambal tempoyak harga RM 30 + RM 10 postage. Dari bulan April sampai skrg tak dapat-dapat. Bila tanya banyak la alasannya. Kejap cakap camni, pastu cakap camtu. Mintak refund, kena maki.

    5

    0
  8. Anonymous says:

    ??? muasabah diri aje lah… DSV dn aisyah krn setiap apa berlaku ada cita nya.. kifarah apa kita dh lakukan…

    0

    0
  9. laila says:

    kak ecah ni nmpk cm terdesak duit sgt…dh2 la tu kak ecah…gi la but show

    0

    5
    • Anggerik says:

      Ko pun bodoh Sgt kenapa… Dia buat sume nk tuntut hak dia… Klau dia xbuat mcmtu, vida gemok tu trus menerusla menipu org… Bengap..!!

      3

      0
  10. chiara says:

    ntahlah…kalau ikutkan hadiah tu hadiah sampingan aka sumbangan peribadi shj, hadiah lain semua dpt dia xwar2kan pun… mungkin kat court dia kalah sebab bende ni display 80k sebagai hadiah….

    0

    0

Leave a Comment

Optional