November 23rd, 2020

Ippo Hafiz yang merupakan pencipta lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza meluahkan perasaan kesal apabila wujudnya segelintir netizen dan peminat yang memberi komen negatif terhadap persembahan Aishah ketika pusingan kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) yang berlangsung pada malam sabtu lalu.

Menurut Ippo, dia dan Datuk Siti sebenarnya sangat berbesar hati  dengan kesudian penyanyi lagu Janji Manismu itu untuk menggantikan TokTi pada malam itu.

Mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan Aishah pada malam itu, Ippo berasa ralat dan kecewa apabila membaca komen yang dilontarkan netizen tanpa memikirkan perasaaan Aishah.

View this post on Instagram

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz)

“Bagi kami satu rahmat apabila kak Aishah sanggup ganti Datuk Siti dan bawa tanggungjawab besar itu. Kami memang berterima kasih kerana sebagai seorang bertaraf lagenda, dia beri komitmen sangat baik dan merendah diri bawa lagu ini sepenuh hati.”

Ippo turut meminta netizen di luar sana supaya jangan sesekali menyalahkan Aishah kerana dia telah mencuba yang terbaik. Malah, dia dan penyanyi asal sangat berpuas hati dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan Aishah.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Tambah Ippo lagi, pemilihan Aishah bagi menggantikan Datuk Siti bukanlah satu pertandingan siapa lebih bagus dalam menyampaikan lagu tersebut. Katanya lagi, kedua-dua penyanyi mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan sesebuah lagu dan semua mengetahui Aishah seorang penyanyi hebat dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

“Jangan bandingkan kak Aishah, dia hanya menggantikan dan bukan nak berlawan dengan Datuk Siti. Datuk Siti ada acuan sendiri begitu juga Kak Aishah. Kita nak pengganti yang boleh bawa lagu dengan sempurna dan baik..” – Ippo Hafiz

Sumber : mStar Online

November 22nd, 2020

Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SAMM35) yang berlangsung pada malam tadi telah merungkai teka-teki dalam kalangan peminat mengenai siapakah pengganti Datuk Siti Nurhaliza dalam menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada episod kedua SAMM35 itu.

Penyanyi lagenda Aishah dilihat telah tampil menyanyikan lagu ciptaan Ippo Hafiz itu dengan gayanya tersendiri. Siti dalam pada masa yang sama memberitahu pihaknya tidak berniat untuk merahsiakan siapakah gerangan pengganti dirinya pada malam itu kerana banyak proses yang perlu dilalui.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Alhamdullilah, saya berterima kasih kepada Aishah kerana sudi menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di #SFMM malam ini. Tak ada niat menyembunyikan atau berteka-teki tetapi semuanya sudah dipersetujui terutama ketika pihak label dan Ippo Hafiz belum lagi menamakan atau mendapatkan penyanyi untuk lagu ini.”

Datuk Siti turut menzahirkan kesyukuran kerana segala proses telah dilalui dengan baik dan dipermudahkan segala urusan pada malam itu.

Penyanyi tersohor negara itu turut mengatakan kesudian Aishah membawa lagunya pada malam itu merupakan sebuah penghargaan kerana dia pernah menyanyikan lagu Aishah berjudul Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI pada tahun 1995.

Mengimbas kembali, sebelum ini nama penyanyi Misha Omar dan Liza Hanim telah disebut sebagai pengganti berpotensi dalam menyanyikan lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu.