November 23rd, 2020

Ippo Hafiz yang merupakan pencipta lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza meluahkan perasaan kesal apabila wujudnya segelintir netizen dan peminat yang memberi komen negatif terhadap persembahan Aishah ketika pusingan kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) yang berlangsung pada malam sabtu lalu.

Menurut Ippo, dia dan Datuk Siti sebenarnya sangat berbesar hati  dengan kesudian penyanyi lagu Janji Manismu itu untuk menggantikan TokTi pada malam itu.

Mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan Aishah pada malam itu, Ippo berasa ralat dan kecewa apabila membaca komen yang dilontarkan netizen tanpa memikirkan perasaaan Aishah.

View this post on Instagram

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz)

“Bagi kami satu rahmat apabila kak Aishah sanggup ganti Datuk Siti dan bawa tanggungjawab besar itu. Kami memang berterima kasih kerana sebagai seorang bertaraf lagenda, dia beri komitmen sangat baik dan merendah diri bawa lagu ini sepenuh hati.”

Ippo turut meminta netizen di luar sana supaya jangan sesekali menyalahkan Aishah kerana dia telah mencuba yang terbaik. Malah, dia dan penyanyi asal sangat berpuas hati dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan Aishah.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Tambah Ippo lagi, pemilihan Aishah bagi menggantikan Datuk Siti bukanlah satu pertandingan siapa lebih bagus dalam menyampaikan lagu tersebut. Katanya lagi, kedua-dua penyanyi mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan sesebuah lagu dan semua mengetahui Aishah seorang penyanyi hebat dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

“Jangan bandingkan kak Aishah, dia hanya menggantikan dan bukan nak berlawan dengan Datuk Siti. Datuk Siti ada acuan sendiri begitu juga Kak Aishah. Kita nak pengganti yang boleh bawa lagu dengan sempurna dan baik..” – Ippo Hafiz

Sumber : mStar Online


2 responses to “Dikritik Tiada Jiwa Dan Penghayatan Bawa Lagu Siti Nurhaliza, Ippo Hafiz Minta Peminat Tidak Salahkan Aishah”

  1. someonesomewhere says:

    Tu bukan mesej kat DM ke which is privately to her dan bukan in public as whats she claimed he/she want to be famous lol Dia yang post it to be seen publicly, apoo…

  2. anonymous says:

    lagu tak de perubahan same old melody booooorrrriiinnggggg

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...