Written by Bella | September 28th, 2015

Gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali, Rita Rudaini tidak mahu mencari pengganti dan selesa untuk hidup bertiga bersama dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin serta Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan bersama bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.

Saya tidak pernah berasa lelah jaga dua orang hero, malah saya rasa selesa menjaga mereka seorang diri.

Ramai orang cakap kahwinlah dan cari bapa baharu kepada anak-anak. Pada saya, untuk apa nak cari pengganti sedangkan saya selesa hidup macam ini (hidup bertiga). Ada juga yang kata kalau ada suami lebih mudah jaga dua orang anak yang sedang membesar. Saya rasa sama sahaja. Kebanyakan memang ibu yang uruskan anak-anak berbanding suami.

Disebabkan itu, saya tiada hati untuk berkahwin. Banyak faktor lain juga. Saya takut orang tak sayang anak saya. Selain itu, saya tidak mahu lagi penat menjaga hati lelaki. Tapi saya juga tidak dapat menolak andai Tuhan menentukan jodoh saya dengan seseorang selepas ini.

Rita sudah dua kali ditakdirkan untuk berkahwin dengan mereka yang mempunyai pasangan kembar dan ironinya beliau tidak dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina sehingga akhir hayat. Ada yang mengatakan ia ibarat satu “sumpahan” buat Rita dan salah satu punca beliau bercerai.

Jodoh sudah tertulis. Saya juga tidak minta untuk berkahwin dengan pasangan kembar. Perkara kembar atau usia lebih muda bukan masalah kepada perceraian tetapi ia sebenarnya bergantung pada sikap seseorang itu dan macam mana pendiriannya.

Sebenarnya tidak kisah lah kalau kita kahwin dengan orang kembar ataupun bukan, kalau sudah tiada jodoh nak buat macam mana bukan? Mungkin Allah itu pertemukan kita dengan orang yang salah sebelum dijodohkan dengan orang yang betul-betul sesuai buat kita dan mampu menyayangi kita seadanya.

Sumber Berita: Kosmo!

Written by Bella | July 21st, 2015

Sudah empat tahun berturut-turut menyambut Aidilfitri bersama anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami nyata tidak mematahkan semangat aktres Rita Rudaini meraikan bulan Syawal dengan meriah.

Jelas Rita,  perkara itu tidak memberikan sebarang perbezaan buat dirinya dan apa yang penting beliau dapat beraya dengan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna bersama keluarga beliau di Arau, Perlis.

Hari raya atau hari biasa, saya tidak pernah rasa sunyi. Ketika masih berkahwin dulu pun tiada apa yang istimewa. Jadi, ada suami atau tidak, situasi dan suasananya sama saja. Apabila ada anak, hati saya lebih terisi dengan mereka.

Saya bukan jenis tak boleh hidup tanpa lelaki. Malah, jauh sekali pentingkan diri dan disebabkan itulah sampai sekarang saya belum terfikir untuk berkahwin lagi.

Buat Rita, beliau tidak mahu membazir dalam membuat persiapan Aidilfitri dan mahu lebih berserdehana dalam meraikannya serta tidak mahu menunjuk-nunjuk. Jadi untuk tahun ini beliau hanya membeli dua pasang baju buat dirinya manakala anak dibelikan jubah sahaja.

Walaupun tenaga wanita tidak sekuat lelaki tetapi mereka diberikan ketabahan yang cukup hebat dalam menghadapi dugaan hidup dan membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki didalam hidup mereka. Siapa cakap tiada lelaki tak leh hidup kan? Untuk apa juga kalau mereka hadir hanya untuk menyakitkan hati?

Sumber Berita: Harian Metro

Written by AbangNara | July 12th, 2013

Aduh comelnya anak sulung Rita Rudaini ini. Sekali pandang memang Airit Rayyan Rizqin ini iras muka ibunya. Confirm besar nanti akan hensem. Silap-silap menjadi rebutan ramai di zaman persekolahan nanti. Mana tahu Airit akan membesar jadi seorang pelakon dewasa kelak.
rita rudaini

Sambutan hari jadi ini telah diadakan di Ekids World, Ikano baru-baru ini. Majlis ini dihadiri oleh rakan-rakan terapat Rita Rudaini. Pasti majlis akan bertambah meriah sekiranya si bapa turut menghadirkan diri. Namun nak buat macam mana, inilah dugaan yang harus ditempuh oleh Rita dan anak-anaknya.

rita rudaini

Semoga Airit Rayyan Rizqin akan membesar menjadi anak yang soleh dan mengenang jasa ibunya yang berpenat lelah membesarkannya tanpa ayah di sisi. Lagi 13 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.