Pelakon sensasi, Rita Rudaini berkata dirinya tak kisah jika dianggap ‘kecoh’ mengenai pencapaian anak-anak meskipun ia dianggap biasa oleh sesetengah pihak.
Kata Rita, dia hanya menunjukkan rasa bangga dengan apa yang dicapai oleh kedua orang anaknya itu kerana ia adalah momen yang sangat berharga buat dirinya.
View this post on Instagram
Biarlah orang nak kata ‘ala exam biasa pun je nak bangga nak kecoh’. Tapi pada sistur walaupun anak-anak menang main guli atau lari dalam guni sekali pun, sistur tetap bangga. Sebagai ibu, setiap momen itu adalah sentimental value untuk sistur.
Kenyataan itu dibuat pelakon filem Anak Mami Junior ini setelah dia ada memuat naik sebuah video pendek memaparkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 12, yang baru sahaja memperoleh Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek.
Lebih membanggakan, Rayyan juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 dan pelajar terbaik bagi subjek bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Dalam pada itu, Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih buat para guru yang tidak lelah mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah.
“Dia malu tengok gambar sendiri..hensem ikut bapak, cerdik ikut mak..Alhamdullilah..” tulisnya lagi di bahagian kapsyen video tersebut.
Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
tecit
October 5, 2021 at 10:26 am
stuju sape lg nk bangga dgn ank2 klu bukan mak sndiri. satu lagi die kene bgtau spy pihak satu lagi tu maklum rita jage ank die helok2. siap puji lg hemsem.
Suzanne
October 4, 2021 at 11:52 am
Allhuakbar..tahniah Rita..being a mother is really not easy..lagi2 working mother nk ajar anak2 dpt keputusan cemerlang..mmg awesome..x kisahla..test biasa2 je..furthermore being a single mother..subhanallah..semoga Allah ease your life..regardless what you chose in your life..(but i think you’re a brilliant and loving mother!)
Anonymous
October 2, 2021 at 10:24 am
mungkin dia tengah stress.. banyak bnda nk bgtau kat semua org.. x ada tempat nk diluahkan.
Junaidi Syarif
October 2, 2021 at 7:25 pm
Kan..
Anonymous
October 2, 2021 at 9:52 am
jgn anak jadi bodoh macam mak sudah lah ?
Lala
October 2, 2021 at 7:54 pm
Wahai Anonymous,
Kamu yang cakap org bodoh tidak menjadikan kamu lebih pandai.. Macam mana pandai pun kamu, tapi dengan adab begini, you dont deserve any respects.
Anonymous
October 3, 2021 at 12:22 am
Dah laanti vaxx ..losing jobs … Lepas tu anak dua sekolah internasionallll …
Luah kan selagi boleh
Lala
October 3, 2021 at 1:45 am
she’s losing job pun tak minta duit daripada kamu.. makan pun dia tak minta. and anak dia masih international school? anak kamu sekolah mana?
Anonymous
October 2, 2021 at 9:02 am
Dia ni lg. Mmg tak dak artis lain kah nak cover cerita?