Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Dedah Pengalaman Bersalin Ketika Bersama Bekas Suami

rita rudaini sambut hari lahir anak

Mengimbau kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahiran ke-11, pelakon Rita Rudaini berkongsi cerita gembira ketika kelahiran pertamanya oleh semua ahli keluarga termasuklah bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan.

rita rudaini sambut hari lahir anak

Advertisement

Menurutnya lagi, Aidil melayan semua permintaannya termasuk teringin untuk makan dan minum sesuatu sebelum melahirkan Airit.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Advertisement

“Dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee. Dah daddy turun beli. Makan memang tak ingat dunia macam lupa nak beranak.”

Rita mendedahkan kisah tersebut kepada umum di laman Instagramnya.

“Kemudian, dah terbelit tali pusat pula dan doktor kena forceps tapi tak boleh juga. Akhir sekali vacum laa dan keluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni?’ Ok lah tak kisah pun sebab nak kami juga.”

Menerusi perkongsian tersebut, Rita memuat naik foto Airit bersama kek dan lilin berbentuk nombor 11 melambangkan usianya. Bahkan, Rita juga bersyukur kerana anaknya itu tetap berada di sisinya ketika susah mahupun senang sempanjang menempuh liku kehidupan.

rita rudaini sambut hari lahir anak

Advertisement

“Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main ya saya ada 2 anak lelaki yang strong dari kecil lagi hehe.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai komen murni daripada pengikut Rita. Malah ada juga yang menzahirkan ucapan hari lahir kepada anaknya.

Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan bercerai pada September 2013. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Aida Musa

    July 10, 2020 at 1:46 pm

    Dia betul-betul depress ni, tak boleh move on.

  2. man

    July 9, 2020 at 9:48 pm

    Ayooo…sudah2 la dok cerita n nk kaitkan dgn bekas suami. Be expensive please, you are a strong single mother to 2! Be proud dan x pyh langsung nk sebut pasal dia especially to public

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top