July 24th, 2017

Umum mengetahui hati pelakon Ainul Aishah kini sudah dimiliki oleh jejaka kacak berdarah kacukan Melayu – Inggeris, Khalid Redzuan.  Baru-baru ini, Ainul dan kekasihnya dilihat bercuti bersama di Phuket, Thailand. Ainul juga sempat berkongsi beberapa foto beliau dan Khalid sewaktu percutian mereka itu. Bagaimanapun, ada yang bertanya, adakah Ainul bercuti berdua bersama Khalid?

Jika diperhatikan, gambar yang dimuat naik itu kebanyakan berlatarkan pemandangan yang saya syka. Saya ambil sebagai kenangan untuk diri, bukan orang lain. Lagipun, beberapa teman yang ikut serta memohon supaya foto mereka tidak dimuat naik. Bagi saya tiada apa yang salah.

Ainul pada masa yang sama menafikan dakwaan beliau sengaja ingin menayang kebahagiaan beliau bersama cinta hatinya itu. Untuk pengetahuan semua, Ainul sebelum ini pernah beberapa kali gagal dalam percintaan dan membuat keputusan untuk hidup solo selama empat tahun sebelum menjalinkan hubungan cinta bersama Khalid.

Saya percaya pasangan bercinta lain juga melakukan perkara yang sama. Saya bersikap terbuka, langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk saya sudah memiliki teman lelaki. Sebelum ini, saya malas memikirkan soal jodoh.  Tanpa disangka, Tuhan menghantar lelaki sebaik Khalid dalam hidup ketika saya hampir berputus asa.

Berbunga-bunga hati Ainul Aishah sekarang . Harapnya beliau dan kekasih ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Kalau dah serasi bersama, jangan tunggu lama-lama. Hehe…

Sumber Berita : Berita Harian

June 13th, 2017

Sejak kebelakangan ini, pelakon drama Lara Aishah iaitu Ainul Aishah sering memuat naik fotonya bersama seorang jejak kacak berbadan tegap dan mempunyai wajah seperti “mat saleh” di akaun Instagramnya. Ramai juga yang tertanya, siapakah gerangan jejaka kacak itu? Rupa-rupanya beliau adalah kekasih baru Ainul.

Alaa… nak kena cerita ke (ketawa). Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan ini pada hari ulang tahun saya yang ke-32 April lalu. Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa. Itu pun setelah merasakan dia amat berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelum ini.

Khalid merupakan seorang ahli perniagaan, berusia 36 tahun dan berdarah kacukan Melayu dan Inggeris namun dibesarkan di Kedah dan Kelantan. Sikap Khalid yang sangat menghargai Ainul membuatkan beliau terpikat dengan jejaka tersebut.

Apa boleh saya katakan, Khalid berbeza dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya sebelum ini kerana dia tidak pernah sorok siapa saya di sisinya. Seperti saya, dia juga terbuka memuat naik gambar kami di Instagram miliknya dan kami biarkan peminat menilai sendiri tanpa perlu kami kata apa-apa.

Ditanya adakah beliau sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Khalid, Ainul menyerahkan soal itu kepada jodoh.

Siapa tahu kali ini Ainul sudah bertemu dengan seseorang yang paling tepat dan sesuai dengan dirinya untuk dijadikan teman hidup? Kami mendoakan yang terbaik buat beliau.

Sumber Berita : mStar Online

November 30th, 2016

Sedang kami melayari Internet hari ini, kami tertarik dengan satu kenyataan pelakon wanita ini yang beliau tidak malu mempunyai kulit gelap. Anda semua tahu bukan, kebanyakkan artis wanita agak obses untuk mendapatkan kulit putih sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan.

Pelakon yang berbangga beliau mempunyai kulit gelap itu ialah Ainul Aishah yang kini popular dengan watak Aimi didalam drama Lara Aishah. Ainul menyifatkan berkulit gelap itu adalah sesuatu yang agak seksi.

Dalam situasi banyak wanita sekarang begitu obses untuk berkulit putih sehingga sanggup berhabis duit bagi tujuan itu, saya pula selesa dengan tona kulit saya yang gelap kerana pada saya ia sesuatu yang seksi dan unik.

Jujur, saya tidak pernah ada niat untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit dalam apa jua kaedah selain hanya mengambil suntikan vitamin C agar kulit menjadi sihat, bersih dan bermaya.

Ainul akui ada pihak yang sering menyindir beliau mengenai warna kulitnya itu tetapi beliau enggan ambil pusing dengan percakapan orang lain dan membuktikan mereka yang berkulit gelap juga mampu untuk tampil anggun serta menawan.

Saya seorang yang ringkas tetapi saya tahu bagaimana untuk tampil menarik dalam cara saya sendiri, jadi mengapa saya harus berasa rendah diri bukan?

Wow! Satu kenyataan dan prinsip yang agak tegas oleh Ainul Aishah. Memang betul, untuk apa kita malu dengan warna kulit kita yang semulajadi? Kita seharusnya berbangga dengan diri kita.

Sumber Berita : mStar Online

July 16th, 2015

Betullah kata pepatah, mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Walaupun mata pedang dapat melukakan badan secara fizikal, namun kekuatan mata pena adalah emosi yang dicalarinya. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan teknologi dan laman sosial sekarang ini, para peminat seseorang selebriti itu bebas memberikan pujian, teguran, kritikan dan cemuhan. Agak menakutkan apabila mengetahui teguran-teguran yang diterima oleh Ainul Aishah kerana insiden gambar ‘bikini’nya membuatkan pelakon itu rasa tidak layak untuk hidup.
ainul aishah

Mungkin sesetengah teguran itu memang baik niatnya namun cara penyampaian agak kasar dan membuatkan pihak yang membacanya terguris hati. Malah sehingga ke hari ini masih ada peminat Ainul Aishah yang sengaja memberikan komen negatif tentang gambar ‘bikini’ itu. Namun ada hikmahnya perkara ini terjadi. Sekarang ini Ainul lebih berhati-hati memuatnaik sebarang gambar.Kata Ainul Aishah:-

Selepas kejadian itu saya jarang berkongsi gambar sebab ramai sangat yang nak beri teguran sehingga membuatkan kita rasa seperti tidak layak hidup. Bila saya nak kongsi gambar, saya akan fikir beberapa kali dan pastikan gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah.

Mereka semua cari sebab sahaja, hingga sekarang ada lagi yang beri komen negatif dan bertelagah pendapat pada gambar saya walaupun di bulan puasa ini

ainul aishah

Teguran daripada peminat membawa maksud ada yang masih sayangkan diri anda. Ambil yang positif sahaja. Yang negatif itu tolak ke tepi jauh-jauh. Kalau nak lagi selamat, jangan baca komen terus. Hanya dapatkan feedback daripada keluarga dan rakan-rakan yang jujur dengan kita. Bukan rakan-rakan talam dua muka. Tak gitu? Sumber Mstar Online.