Diminta Kahwin Cepat, Ainul Aishah Tak Hirau Pendapat Orang Lain

Hiburan

Diminta Kahwin Cepat, Ainul Aishah Tak Hirau Pendapat Orang Lain

Pelakon Ainul Aishah tidak menghirungkan pendapatan dan desakan orang lain menyuruh dia melangsungkan perkahwinannya dengan segera bersama tunang, Khairul Redzuan tanpa menunggu keadaan pandemik ini pulih.

Ainul dan tunang
3 years ago

Nikah Hujung Tahun Ini, Ainul Aishah Bakal Akhiri Zaman Bujang

Advertisement

Pelakon yang kini sudah berusia 36 tahun itu tetap berkeras ingin mengadakan majlis bersejarahnya itu bersama keluarga tersayang dan teman-teman rapatnya dan bukan hanya di pejabat agama atau secara online.

Ada yang cadangkan saya nikah dulu tanpa majlis kerana yang penting sudah bernikah tetapi mereka tak memahami saya sebagai pengantin. Saya mahu menjadi diri saya sendiri.

Sebagai insan sentimental saya sangat menghargai setiap momen. Saya cuma mahukan majlis resepsi ringkas bersama keluarga terdekat dan kawan rapat untuk meraikan hari bermakna ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A I N U L . A ? (@ainulaishah)

Setiap kali dirinya didesak oleh orang ramai untuk mempercepatkan perkahwinannya itu, Ainul hanya memberi ekspresi muka tanpa perasaan sebagai tanda tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Ainul AishahSumber : Instagram Ainul Aishah  

 

Sekadar makluman, Ainul menjalinkan hubungan bersama tunangnya itu sejak tahun 2017 selepas Khairul Redzuan menghantar mesej peribadi melalui akaun Instagramnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...