October 23rd, 2019

Pelakon  Zahirah Macwilson tidak dinafikan mempunyai aura tersendiri, menarik perhatian ramai dengan paras rupa yang jelita berserta pakej lengkap dengan tubuh langsing dan tinggi. Malah, setiap fesyen yang digayakan pasti nampak menarik dan menjadi ikutan.

zahirah macwilson

Baru-baru ini Zahirah ada memuat naik video dimana dia menggayakan beberapa pakaian, mungkin tujuannya untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mecuba fesyen baru dan tampil lebih menawan.

 

Meskipun ada yang memuji betapa cantiknya Zahirah, ada juga netizen yang kurang senang melihat aksi pelakon wanita itu dengan selamba menukar pakaian di hadapan kamera.

Mereka melabelkan Zahirah sengaja ingin mencari publisiti dan seakan tiada rasa malu menayang aksi sebegitu.

zahirah macwilson tayang tukar bajuzahirah macwilson tukar bajuzahirah macwilsonzahirah macwilsonzahirah macwilsonFikir positif sahaja, niat Zahirah cuma mahu berkongsi tips untuk menggayakan fesyen ‘mix and match’ dengan peminat. Lagipun, tiada aksi yang begitu terlampau kan? Apa-apa pun, Zahirah memang sangat cantik. Bertuah Aiman Hakim Ridza dapat bakal isteri jelita.

August 2nd, 2019

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 bakal berlangsung tidak lama lagi, mulai sekarang ramai kelab peminat artis yang sudah berusaha bertungkus lumus mengundi untuk memastikan artis kesayangan mereka menang.

aiman hakim ridza

Namun, buat pelakon Aiman Hakim Ridza dia meminta peminatnya tidak perlu berhabis duit dan membuang masa untuk mengundinya di ABPBH 32 . Aiman mempunyai prinsip tersendiri dan mahu bakat serta hasil kerjanya dihargai secara profesional bukannya dengan sistem undian.

Saya sendiri pun dah meminta maaf kepada pihak yang terbabit mengenai isu ini. Niat saya adalah untuk tidak membabitkan diri dalam anugerah sebegitu. Pada saya, fokus adalah kepada pertandingan yang lebih bermakna untuk diri.

aiman hakim ridza minta peminat jangan undi

Kalau mereka nak menyokong, biarlah secara sihat dan positif. Sebelum ini, pernah berlaku ada peminat yang bergaduh dengan kelab peminat artis lain. Jadi, saya tak mahu perkara sebegitu berulang lagi. Lagi pula, peminat pun sedia maklum dengan pendirian saya.

Nama saya tercalon pun mungkin kerana ada segelintir peminat yang masih mengundi

aiman hakim ridza abpbhAiman tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa. Bagaimanapun, dia tidak terlalu berharap untuk memenangi anugerah tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Glam Lelaki

July 8th, 2019

Pasangan romantis, sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson antara yang paling mendapat perhatian ramai.

Jatuh cinta di set penggambaran dan tidak lama selepas itu mengikat tali pertunangan serta sering mempamerkan kemesraan mereka, memang ramai diluar sana menjadikan Aiman dan Zahirah ‘couple goals’.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada netizen yang mendakwa pasangan ini seakan ingin meniru ataupun menjadi klon pasangan paling hangat dan popular iaitu FattZura.

Malah, mereka turut menyertakan foto dimana busana yang dipakai oleh Aiman dan Zahirah mirip sekali dengan FattZura. Bagaimanapun, pasangan FattZura lebih eksklusif berbanding Aiman dan Zahirah.

Apa pula pendapat anda? Betul ke mereka ingin menjadi klon Fattah Amin dan Fazura.

Sumber Berita : Forum CARI

December 26th, 2018

Umum mengetahui pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sedang hangat dilamun cinta. Malah, pasangan ini terbuka mengenai hubungan mereka dan turut memuat naik foto mesra bersama di akaun Instagram masing-masing.

Susulan itu, ramai juga yang tidak sabar dan  ingin tahu apakah reaksi bekas kekasih Aiman iaitu Fathia Latiff.  Mereka mengandaikan mungkin Fathia belum lagi ‘move on’.

Terbaru, Fathia menerusi satu temu bual bersama MHE TV mendoakan kebahagiaan Zahirah dan Aiman. Semoga hubungan yang terjalin kekal sehingga ke syurga. Fathia pada masa yang sama menjawab persoalan tentang kontroversi hutang Aiman terhadapnya sebelum ini.

Alhamdulillah kalau segala isu sudah selesai. Kami juga puji dengan semangat Fathia yang ingin bangkit semula dalam hidup dan kariernya selepas menghadapi beberapa kontroversi pada tahun ini. Semoga segala perancangan Fathia itu dipermudahkan.

Sumber Berita : YouTube MHE TV