Written by Bella | January 22nd, 2018

Perkahwinan semula pelakon Datuk Adi Putra bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof cukup mendapat perhatian ramai minggu lalu. Pernah bercerai selama sembilan bulan, ramai yang mendoakan agar pasangan ini dapat kekal sehingga ke syurga bersama.

Menurut Adi, meskipun mereka pernah bercerai selama sembilan bulan, perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap Aida tetap membara. Beliau bersyukur jodoh mereka masih kuat dan ditakdirkan untuk bersama semula.

Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama.

Dalam pada itu, Aida berkata beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap Adi meskipun melalui beberapa dugaan yang memusnahkan rumah tangga mereka terdahulu.  Bernikah semula bukanlah tentang soal memberikan Adi peluang kedua tetapi ini adalah ketentuan terbaik Allah SWT untuk mereka.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | January 19th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Datuk Adi Putra yang telah mengambil keputusan untuk bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Aida Yusof semalam.

Berita gembira itu mula dikongsikan oleh anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan rakan baik kepada pasangan tersebut. Nurul memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya itu di akaun Instagramnya.

Tidak lama selepas itu, Adi pula memuat naik foto bersama isteri tercinta di akaun Instagramnya dengan ucapan syukur.

Continuity of 12 years. Syukur Pada Allah dan terina kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen #taatpadayangsatu #adpfamili #allahuakbar

Rata-rata peminat Adi cukup gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar jodoh mereka berkekalan sehingga jannah.

Adi dan Aida mendirikan rumah tangga kali pertama pada 14 April 2006.  Selepas itu, aktor terkenal itu berpoligami apabila sah bernikah dengan Norshahida pada 20 Jun 2016. Walaubagaimanapun, Adi yang dihimpit pelbagai kontroversi mengenai pernikahannya membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua isterinya itu sekitar pada Mac 2017.

Written by Bella | December 16th, 2017

Jarang sekali kita mendengar berita Datuk Adi Putra mempunyai masalah dengan rakan media. Namun, baru-baru ini, seorang wartawan terkejut apabila Adi dikatakan terlalu emosi ketika ditemuramah berikutan hal peribadinya.

Menurut Miss K di portal Astro Gempak, mood Adi tiba-tiba berubah saat wartawan itu ingin bertanya tentang status perkahwinan Adi bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof.

Wartawan tu tanya tentang status rumah tangga Adi dan Aida sekarang. Itu sahaja. Bukannya apa, sebelum ini orang heboh Adi dah bercerai dengan kedua-dua isterinya. Tup-tup baru-baru ini Adi muat naik foto bersama Aida siap kapsyen ‘Alhamdulillah’…Wartawan tu mewakili orang di luar sana juga, yang nak tahu adakah benar cerita-cerita sebelum ni.

Terus Adi buat muka dan tanya balik kepada wartawan tu, “bila kali terakhir kamera pecah?” Haaa..lebih kurang begitulah jawapan dia, dalam nada yang ‘tegang’. Tu tak campur lagi dengan kerutan di wajah!

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui, mungkin juga hari itu Adi kepenatan dan tiada mood? Apa-apa pun, selebriti dan wartawan saling memerlukan dalam industri hiburan, tidak perlu untuk bermasam muka dan harus bertolak ansur antara satu sama lain.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | May 3rd, 2017

Kontroversi Adi Putra yang mengatakan beliau tidak lagi mempunyai kaitan dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida adalah satu berita yang agak menggemparkan beberapa bulan lepas.

Namun, melihat pada foto yang dimuat naik oleh Aida mengatakan beliau, Adi dan anak angkat mereka sedang berada di lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah bersama membuat kan ramai peminat tertanya, adakah mereka berdua sudah berbaik?

Iyalah, sebelum ini kes cerai Adi dan Aida sudah pun difailkan di mahkamah tetapi Adi tidak menghadirkan diri setiap kali sebutan kes mereka dijalankan. Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Aida dan Aid dan semoga masih ada peluang untuk mereka bersatu semula.

Kami di BeautifulNara juga berharap agar mereka berdua dipanjangkan jodoh dan dapat berbaik semula sebagai suami dan isteri.