April 23rd, 2020

Selepas seminggu bersalin pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka yang diberi nama Irisa Alaia.

izara aishah irisa alaia

Menurut Adib, kehadiran puteri kecil mereka itu merupakan hadiah yang paling bermakna dan menggembirakan buat dirinya dan isteri. Dia turut berterima kasih atas semua doa capan tahniah dari semua pihak sepanjang tempoh kehamilan Izara.

Advertisement

izara aishah irisa alaia izara aishah irisa alaia

Comel betul anak Izara. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepadanya dan suami. Semoga kehadiran  Irisa Alaia akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.

Advertisement
December 24th, 2018

Lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid mengakui sudah bersedia untuk mendapatkan anak. Namun, mereka tidak mahu terburu-buru meskipun sering diajukan soalan tentang cahaya mata.

Tidak pernah merancang, pasangan ini tidak kisah sekiranya dikurniakan zuriat cepat atau lambat.

Advertisement

Saya dengan Adib tidak terburu-buru pun untuk mendapatkan cahaya mata. Kami pun tidak pernah merancang apa-apa. Kerana kami tidak pernah merancang, jadi saya dan suami menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Berkahwin pada 17 November tahun lalu, pengalaman bergelar isteri dan berumah tangga adalah yang paling indah buatnya.

Pastinya setiap pasangan yanng sudah berkahwin akan memasang impian untuk menimang cahaya mata. Namun rezeki semuanya terletak di tangan Tuhan. PerancanganNya adalah yang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
December 26th, 2017

Suami tercinta Izara Aishah iaitu Adib Khalid memberitahu beliau tidak akan meletakkan sebarang syarat buat isterinya ketika berlakon. Adib akui beliau memahami kerjaya Izara sebagai pelakon dan tidak cemburu melihat Izara bergandingan dengan lelaki lain.

Tiada syarat sangat pun. Bagi saya, kerjaya Izara masih seperti biasa. Saya tidak cemburu jika dia bergandingan dengan pelakon lelaki lain dan tidak fikir apa-apa pun. Saya memang memahami kerjayanya secara keseluruhan. Saya juga tak kisah jika dia kekal aktif selepas berkahwin kerana saya sendiri turut sibuk dengan kerjaya.

Advertisement

Kita berdua sama-sama sibuk mencari rezeki dan apa yang penting, apabila kami berdua balik ke rumah, kami ada ‘each other’ dan dapat menghabiskan waktu berdua setelah seharian bekerja.

Adib sudah biasa dan terdedah dengan dunia hiburan apatah lagi beliau juga merupakan CEO Tune Studios.  Lagipun, apa yang penting ialah pasangan suami isteri  harus mempercayai serta setia antara satu sama lain. Untunglah Izara mempunyai suami yang memahami bukan? Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
November 22nd, 2017

Busana Farah Nabilah yang sama warna dan kelihatan lebih cantik  ketika menjadi pengapit di hari pernikahan Izara Aishah baru-baru ini mendapat perhatian netizen . Mereka mendakwa Farah sengaja ingin “overshadow” Izara sebagai pengantin.

Walaubagaimanapun, Farah menjelaskan ia adalah kehendak Izara sendiri untuk pengapit mengikut warna tema majlis tersebut.

Advertisement

Bukan saya yang minta atau sengaja nak warna baju sama dengan pengantin. Tapi ia adalah kehendak Izara sendiri. Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama. Kalau lihat pelamin dan hiasan juga putih. Jadi, tidak ada istilah saya nak ‘overshadow’ pengantin.

Harapnya dengan penjelasan Farah ini tiada lagi pihak yang mengecam beliau. Sebagai teman rapat Izara tidak mugkin Farah sengaja ingin “berlawan” dengan pengantin untuk meraih publisiti.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement