Written by Bella | October 31st, 2018

Pelakon Datuk Adi Putra yang dijemput hadir ke Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsung pada 2 November ini menerusi akaun Instagramnya menyatakan rasa keliru dengan sistem jemputan digunakan oleh pihak penganjur.

Pada kebiasaannya, selepas memberi pengesahan tentang kehadiran (RSVP) pastinya tiket untuk sesebuah majlis itu akan diserahkan kepada tetamu yang dijemput bukan? Tetapi kali ini Adi pula terpaksa mengambil tiket itu sendiri.

Lebih pelik lagi, Adi juga tidak tahu adakah nama ataupun drama lakonannya yang tercalon dalam anugerah tersebut.  Bukan berniat untuk mengkritik ataupun memarahi mana-mana pihak, pelakon popular itu cuma merasakan cara jemputan berkenaan agak tidak sesuai.

Mungkin pihak yang terbabit mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Fikir positif.

Written by Bella | October 11th, 2018

Mula dikenali dengan watak kecil di dalam drama, siapa sangka anak kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra boleh melakar kejayaan dalam bidang lakonan tempatan. Berjaya mencuri hati penonton dengan lakonan yang mantap, beliau antara pelakon yang cukup disegani.

Namun, menerusi satu perkongsian di akaun Instagramnya, Adi berkata andainya beliau dapat mengundurkan masa, beliau akui tidak mahu menjadi seorang artis dan mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Luahan itu adalah perbualan beliau bersama ibu tercinta. Kata Adi beliau sudah penat dengan persepsi sesetengah pihak yang selalu ingin mencari kesalahan beliau meskipun sudah membuat perkara yang baik dan betul. Terlalu ramai yang cepat menghukum dirinya daripada luaran sahaja.

Mungkin ada sesuatu yang terjadi sehingga beliau mengeluarkan kata-kata sebegitu. Lumrah hidup sebagai anak seni, pasti akan ada onak dan duri. Apa-apa pun, janganlah putus asa dan bersedih. Teruskan bersabar ya..

Written by Bella | May 15th, 2018

Pernah mendedahkan beliau sudah sah menjadi warganegara Malaysia dan secara terbuka menyatakan sokongan serta memilih parti Barisan Nasional sebelum ini, pelakon Adi Putra dikritik teruk dan dilabelkan sebagai artis “lalang” dalam politik.

Adi digelar “lalang” kerana tiba-tiba beralih arah dan memuat naik foto Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan sah menjadi barisan kepimpinan baru negara.

Rata-rata netizen berang dengan Adi dan ada juga yang meminta kerajaan untuk menyiasat bagaimana pelakon yang berasal dari Singapura itu boleh memiliki kad pengenalan Malaysia.

Setelah dihimpit pelbagai kecaman dan tidak sekali melatah serta membalas sebarang tomahan netizen, Adi dalam muat naik terbaru beliau di Instagram berkongsi foto beliau sedang berdoa di Masjid Nabawi. Beliau mendoakan agar rakyat Malaysia diberkati dan turut memberitahu dirinya akan terus berjuang demi bangsa,agama dan negara meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan.

Biasalah, memang sekarang ramai artis yang menerima gelaran “lalang” gara-gara menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu. Bersabarlah sahajalah Adi, isu ini memang sedang hangat tetapi satu hari nanti ia akan reda jua.

Written by Bella | January 22nd, 2018

Perkahwinan semula pelakon Datuk Adi Putra bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof cukup mendapat perhatian ramai minggu lalu. Pernah bercerai selama sembilan bulan, ramai yang mendoakan agar pasangan ini dapat kekal sehingga ke syurga bersama.

Menurut Adi, meskipun mereka pernah bercerai selama sembilan bulan, perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap Aida tetap membara. Beliau bersyukur jodoh mereka masih kuat dan ditakdirkan untuk bersama semula.

Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama.

Dalam pada itu, Aida berkata beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap Adi meskipun melalui beberapa dugaan yang memusnahkan rumah tangga mereka terdahulu.  Bernikah semula bukanlah tentang soal memberikan Adi peluang kedua tetapi ini adalah ketentuan terbaik Allah SWT untuk mereka.

Sumber Berita : Kosmo Online