October 11th, 2018

Mula dikenali dengan watak kecil di dalam drama, siapa sangka anak kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra boleh melakar kejayaan dalam bidang lakonan tempatan. Berjaya mencuri hati penonton dengan lakonan yang mantap, beliau antara pelakon yang cukup disegani.

Namun, menerusi satu perkongsian di akaun Instagramnya, Adi berkata andainya beliau dapat mengundurkan masa, beliau akui tidak mahu menjadi seorang artis dan mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Luahan itu adalah perbualan beliau bersama ibu tercinta. Kata Adi beliau sudah penat dengan persepsi sesetengah pihak yang selalu ingin mencari kesalahan beliau meskipun sudah membuat perkara yang baik dan betul. Terlalu ramai yang cepat menghukum dirinya daripada luaran sahaja.

Mungkin ada sesuatu yang terjadi sehingga beliau mengeluarkan kata-kata sebegitu. Lumrah hidup sebagai anak seni, pasti akan ada onak dan duri. Apa-apa pun, janganlah putus asa dan bersedih. Teruskan bersabar ya..


19 responses to “Adi Putra Menyesal Jadi Artis?”

  1. fishball says:

    bila tak popular kejar popularity.. bila dah popular nak step undur waktu lah pulak.. haizzz macam2 betol la manusia ni

  2. mak cute says:

    so ko ingat org nak heran ke…sejak buat hal lgsg aku x minat…kna plak geng dgn anak zahid komedi acah2 akak kawasan tp off komen tu…balik singapore la walawei….

    • Anonymous says:

      Malaysia ni ko punyer ker … ni bumi Allah mana mana pun Datuk Adi Putra boleh idup boleh cari rezeki be it in Malaysia or S’pore or di mana ceruk bumi pun. wake up la walaweiiiii…….

Loading...