April 7th, 2015

Minggu lepas Shah Iskandar telah memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 2014 yang turut menyenaraikan Sharnaaz Ahmad sebagai salah satu calon top 5 kategori tersebut.

Kemenangan Shah nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati Sharnaaz dimana aktor tersebut merasa tidak redha dengan keputusan itu dan kecewa kerana pihak yang mengundi tidak mampu untuk menilai seseorang itu menerusi bakatnya.

Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela jika kalah dengan Amar Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit.

Mengakui dirinya sukar untuk memenangi anugerah, Sharnaaz tetap bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam lakonan dan satu hari ingin lebih berjaya dalam kariernya.

Sharnaaz semalam bagaimanapun telah dipilih sebagai Artis Paling Kontroversi menerusi kategori online.

Jika hendak suruh peminat undi berdasarkan bakat memang agak susah sebenarnya, sudah lumrah manusia akan pilih rupa berbanding hati ataupun bakat. Ada rupa takde bakat? Jangan risau anda pasti terpilih untuk jadi popular juga…Heh

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

April 6th, 2015

Shaheizy Sam sekali lagi telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Mungkin tidak kerap muncul di layar perak mahupun didalam drama bersiri, beberapa pihak mula mempertikaikan kemenangan Sam dan wujudnya spekulasi beliau mengundi diri sendiri untuk menang.

Walaubagaimanapun, Sam sudah biasa dengan perkara seperti itu dan menganggap ia lumrah apabila seseorang itu menang.  Aktor tersebut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu adalah rezeki hasil daripada sokongan pelbagai pihak sepanjang kariernya.

Saya percaya undian yang saya terima ini adalah daripada semua pihak bukan sahaja daripada peminat saya sahaja, ia benar-benar membuatkan saya terharu.

Tiada benda yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka selain doa dan ucapan terima kasih.

Sam turut membawa pulang trofi menerusi Pelakon Filem Lelaki Popular dan hadiah utama sebuah kereta Toyoto Camry Hybrid sumbangan UMW Toyota Motors.

Ini bukanlah kali pertama Sam berjaya mengungguli gelaran Bintang Paling Popular dan pernah merangkul gelaran yang sama pada tahun 2010 dan 2012.

Shaheizy Sam antara pelakon yang mempunyai gaya lakonan mantap dan berjaya menghidupkan pelbagai jenis watak dengan natural. Walaupun kerjayanya sedikit perlahan tahun ini, pada kami beliau memang layang untuk gelaran tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

April 6th, 2015

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) yang menyaksikan ramai selebriti berjaya merangkul anugerah berprestij itu dalam kategori masing-masing. Namun, disebalik kemeriah majlis tersebut timbul pula cerita tidak enak apabila Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlyn bercium di khalayak ramai apabila beliau diumumkan sebagai Penyampai Radio Paling Popular.

Perbuatan mereka itu nyata mendapat tumpuan ramai kerana ia disaksikan oleh berjuta rakyat Malaysia di kaca televisyen juga mereka yang berada di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Penonton dan peminat mula mengecam tindakan Johan dan berpendapat perkara tersebut tidak sepatunya berlaku meskipun mereka sudah sah sebagai suami dan isteri. Walaubagaimanapun, Johan dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak ingin ambil pusing dengan  kritikan atau anggapan orang ramai terhadap dirinya serta menyatakan ianya tidak salah jika beliau berbuat demikian.

Apa pun yang jadi, isteri saya ada di sisi saya selama 24 jam. Isteri saya orang pertama yang tahu segala apa yang saya capai.

Saya berkongsi semua dengan isteri saya, susah senang dan dia sentiasa ada di sisi.

Saya tidak kisah dengan tanggapan orang dan apa yang orang mahu kata sebab dia isteri saya, Jadi, tiada masalah melainkan jika kami belum berkahwin atau dia bukan isteri saya.

Bercium dikhalayak ramai  sememangnya agak tidak manis dipandang apatah lagi kita penuh dengan adat ketimuran. Mungkin Johan tidak sedar sebenarnya kerana sudah teruja diumumkan sebagai pemenang. Apa-apa pun lain kali hati-hati ya, nanti tak pasal-pasal jadi perhatian lagi.

Sumber Berita: Malaysian Digest

April 6th, 2015

Nombor rasmi masih belum dikeluarkan namun Abang Nara menjangkakan jumlah mereka yang menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) semalam mampu memecahkan rekod yang sedia ada. Secara jujur, gandingan 3 pengacara iaitu Amy Mastura, Sherry Al Hadad dan AG agak hambar. Tak ada chemistry dan kurang menghiburkan. Nasib baiklah ada persembahan seperti Faizal Tahir, Siti Nurhaliza & Dayang serta 4 jejaka iaitu Black, Akim, Hazama dan Lan untuk menyelamatkan keadaan.

dayang siti nurhaliza Detik yang paling diingati ramai sudah tentu ketika Abam Bocey menjerit ‘Gemuk Is Awesome’ ketika memberi ucapan kemenangannya buat kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Apa pun, ABPBH2014 telah berjalan dengan lancar dan walaupun ada pihak yang mempertikaikan sesetengah kemenangan, itu adalah lumrah. Mana ada yang akan puas hati bila pelakon/penyanyi kegemaran mereka kalah kan?

dayang siti nurhaliza

Tahniah diucapkan kepada penganjur dan juga semua pemenang. Semoga ABPBH2015 akan dianjurkan dengan lebih baik tahun hadapan. Lagi beberapa gamabr dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook ABPBH.

dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza
dayang siti nurhaliza