July 18th, 2019

Hari ini pelakon dan pengacara, Neelofa membuat pengumuman dia menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama dua tahun.

Keputusan tersebut dibuat kerana dia ingin memberikan tumpuan kepada bidang perniagaan. Biarpun tidak bertanding pada penganjuran kali ini, dia tetap akan memberikan sepenuh sokongan dan mendoakan agar penganjuran ABPBH akan terus maju.

Neelofa juga berkata, dia tidak mungkin akan melupakan segala kenangan indah sepanjang bersama ABPBH.

Sebelum ini, Neelofa pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 29 dan mempertahankan anugerah serta gelaran Pengacara TV Popular sebanyak lima kali.

Sumber Berita : mStar Online

October 9th, 2018

Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah dilaksanakan buat kali ke-31 pada malam Ahad lepas. Ia menyaksikan kejutan apabila anugerah Bintang Paling Popular dimenangi oleh Wany Hasrita yang juga penyanyi wanita paling popular.

Oleh itu, ramai selebriti tidak melepaskan peluang untuk tampil dengan fesyen menarik rekaan pereka fesyen terkenal. Anugerah ini sudah sinonim dengan industri hiburan Malaysia dan dianggap antara anugerah populariti selebriti paling berprestij. 

Lagi fesyen artis di malam ABPBH31 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

View this post on Instagram

MENARIK OKTOBER 2018 JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN) Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia . . 1. MYSENIBUDAYA: [email protected] + 12 & 13 Oktober 2018 + 9.00 pagi – 10.30 malam + Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor + Semua dijemput hadir + 07-224 8270 / 223 1249 (JKKN Johor) . . 2. FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2018 + 15 – 21 Oktober 2018 + 8.30 malam + Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur + Semua dijemput hadir + 03-2614 8200 / 8212 / 8241 / 8262 . . 3. MYSENIBUDAYA: TEMASYA BUDAYA MELAKA 2018 + 19 – 21 Oktober 2018 + 9.00 pagi – 10.30 malam + Kota A'Famosa, Banda Hilir, Melaka + Semua dijemput hadir + 06-233 1787 / 1790 (JKKN Melaka) . . 4. PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2018: RAMPAI SARI TARI MALAYSIA + 26 & 27 Oktober 2018 + 8.30 malam + Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur + Tiket: RM20 / RM50 + 010-226 7190 (UM) / 011-3940 1480 (SSeMJ) / 012-518 6452 (JKKN) . . Semarakkan Seni Budaya Bersama JKKN. #jkkn #mysenibudaya #sayangimalaysiaku

A post shared by JKKN ?? (@mysenibudaya) on

May 15th, 2017

Kehadiran Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah ke malam ABPBH 3.0 semalam mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen menyifatkan Ashraf cukup bertuah kerana diapit oleh isteri-isterinya pada malam berkenaan.

Menurut Ashraf, kedua-dua isterinya itu menemani beliau untuk memberi sokongan kepadanya yang tercalon untuk kategori Pelakon TV Popular. Ini kerana, selama lapan tahun Ashraf tidak pernah tercalon dalam mana-mana kategori ABPH.

Sebelum ini, saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama.  Diyana dan Sakina adalah kekuatan dan penyokong utama saya. Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri.

Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya malam ini.

Boleh dikata bertuah juga Ashraf Muslim kan? Kami doakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia dan harmoni seperti ini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

May 14th, 2017

Populariti Fattah Amin yang melonjak naik sejak tahun lalu membuatkan beliau dilihat sebagai salah satu calon yang berpotensi untuk memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH 3.0 tahun ini. Namun, Fattah tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan rezeki.

Semua terserah kepada rezeki. Insya-Allah jika kejayaan untuk merangkul gelaran Bintang Paling Popular berpihak kepada diri, saya anggap ia sebagai hadiah paling bermakna daripada peminat yang menghargai usaha saya selama ini. Secara jujur, saya tidak meletak harapan tinggi atau terlalu yakin untuk menjulang apa juga gelaran dan kemenangan.

Berada dalam senarai pencalonan sudah cukup membuat saya terharu dan gembira. Saya tidak kecewa jika kejayaan bukan milik saya kerana kalah dan menang adat pertandingan.

Fattah bersaing dalam kategori utama bagi ABPBH 3.0 iaitu  Pelakon TV Lelaki Popular dan dua kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa serta Artis Sensasi.

Semuanya bergantung kepada undian peminat. Tidak mustahil mungkin ada rezeki Fattah untuk berjaya merangkul gelaran tersebut kerana peminatnya memang ramai. Namun, ia tetap bergantung kepada rezeki.

Sumber Berita : BH ONLINE