Gelaran ‘Aktres Filem Popular’ Dipertikai, Sophia Albarakbah Senaraikan Filem Lakonannya – “Saya Kerja Keras..”

Hiburan

Gelaran ‘Aktres Filem Popular’ Dipertikai, Sophia Albarakbah Senaraikan Filem Lakonannya – “Saya Kerja Keras..”

Seperti yang ramai tahu, pelakon, Sophia Albarakbah telah dinobatkan sebagai Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Sophia atau juga dikenali sebagai Sophia Koshka sekaligus mengalahkan calon lain seperti Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahiruddin.

Advertisement

Bagaimanapun, kemenangan pelakon berusia 30 tahun itu dipertikai oleh orang ramai yang mendakwa Sophia memenangi anugerah itu kerana kontroversi yang melibatkan dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Tampil memberi penjelasan, Sophia berkata kerjaya seninya bermula dengan lakonan filem namun tidak dikenali ramai kerana PKP.

Saya ada berlakon filem Mimaland, Jerangkung Dalam Almari, Pasal Aku, Ada Hantu 1 dan Ada Hantu 2.

Dalam pada itu, pelakon yang berdarah kacukan itu memaklumkan dia mula dikenali selepas mula berlakon di dalam drama.

Masa tu barulah orang kenal saya.

Bukan itu sahaja, Sophia turut menafikan kemenangan yang diperolehnya itu hanya disebabkan kontroversi yang melibatkan namanya.

Saya ada terasa sikit sebab saya kerja keras dalam industri ni tapi orang yang tak tahu hasil kerja kita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bell ngasri
9 months ago

Rezeki Tak Salah Alamat, Peminat Misteri Hadiahkan Kereta Baru Buat Bell Ngasri Sempena Kemenangan ABPBH23

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...