Selepas Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri dari ABPBH ke-34, adakah akan ada lebih ramai artis akan mengikut jejak langkah mereka? Nampaknya begitulah, ini kerana pelawak terkenal Zizan Razak turut mengumumkan penarikan dirinya dari tercalon dalam sebarang kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34.
Zizan memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya dan ingin memberi peluang kepada bakat-bakat baru.
Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding.
Pihak penganjur turut telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada ABPBH yang setiap tahun mencalonkan dirinya.
Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis! – Tulisnya lagi.
Zizan sebelum ini telah memenangi beberapa anugerah seperti Artis Komedi Lelaki Paling Popular 2010, Pengacara Lelaki Paling Popular 2011, Artis Komedi Lelaki Paling Popular 2013 dan banyak lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
tecit
September 27, 2021 at 3:24 pm
samada tarik diri sebab tau takkan menang. atau award ni dah hilang kemurniannya/keistimewaannye.
Syazni Rahim
September 25, 2021 at 8:55 am
Nampaknya makin ramai yang dah tarik diri
Anonymous
September 25, 2021 at 8:40 am
Mmg patut pun tarik diri. Dulu abpbh best, semue kne undi setiap category, sorang satu sbb kne bagi ic, skrg x perlu undi setiap category, boleh undi 1 category saje sampai 10000000x pun boleh dgn beli undi. Macam si iffa raziah, mawar rasyid and si hanisya honeyy dewi remaja x jadi yg x berbakat tu buat mase die menang artis baru tu. Gigih mak die beli undi untuk anak die habis ratus ribu mase tu lps tu g beli baju murah yg outdated yg lame dh designer buat tp x de org beli lps tu naik stage buat2 terkejut nk menangis & thanks to peminat. WTF !!!! Kau & mak kau gigih undi sendiri ttbe fefeeling peminat yg undi. Bodoh giler. Kami dah lame handle apbbh so kami boleh tengok undian dari org same sampai beli undi sehingga rm70k, rm120k. Tp dgn duit tu la b harian dpt duit. So ade duit ade anugerah x de duit duk diam2 jd artis biase. So mmg x best abpbh skrg. Sbb tu shukri yahya, rashidi ishak, redza rosli, syafiq kyle, sharnaz ahmad yg selayaknya menang x dpt menang sbb lelaki ni jarang nk ambik pusing bende ni lagi pun jijik la nk undi diri sendiri lps tu budget2 terkejut naik stage. Award ni dh x releven. Just nk suke2 boleh tp sbg kayu ukur quality mmg x la. Respect ak untuk yg tarik diri & untuk plakon2 hebat yg x terpengaruh dgn award yg just nk suka suke ni. Yg pompuan pun ade yg malas nk amik pusing award ni pun ak respect juga cama nellydia, ummi nazeera, hannah delisha, elly mazlin.
Yuck
September 25, 2021 at 2:59 am
Pfffttt mamaks goreng satu bai