Written by AbangNara | May 22nd, 2012

Lama rasanya tidak mendengar perkembangan terbaru Abby Abadi selepas dia mengambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung. Pasti ramai peminat-peminat Abby yang merindukan kelibatnya. Selepas bertudung, rezeki Abby dilihat semakin murah apabila dilantik menjadi duta untuk sebuah syarikat tudung. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Abby.

abby abadi

Abby pun Abang Nara lihat semakin berseri dan tenang wajahnya. Tidak ada lagi cerita-cerita mengarut yang keluar di dada suratkhabar. Mungkin Abby sudah redha menerima dugaan yang menimpa hidupnya. Lagi 7 keping gambar terbaru Abby Abadi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 19th, 2011

Cantik manisnya apabila melihat Abby Abadi bertudung walaupun sekadar untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus. At least adalah usaha untuk berubah. Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi mengikut jejak beberapa orang rakannya yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

abby abadi bertudung

Tambah menarik apabila di dalam Facebook Abby Abadi, Abby sudah mula mengupdate status yang bercorakkan keIslaman untuk para peminatnya.

abby abadi bertudung

Semoga pintu hati Abby Abadi terbuka untuk memakai tudung sepenuhnya suatu hari nanti. Lagi beberapa keping gambar Abby Abadi cantik bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.