Pelakon Abby Abadi yang baru-baru ini berkongsi video suaminya Muhammad Faizal Zakaria sedang menunaikan solat di belakang sebuah gerai nampaknya telah mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di luar sana.
Namun, bagi Abby, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya ingin memberi pesanan yang bermanfaat buat peminat yang mengikutinya di ruangan media sosial itu.
Advertisement
Menulis panjang lebar di entri berikut, Abby memberitahu bahawa hanya Allah S.W.T tahu niat sebenar dia memuat naik video berkenaan. Hanya untuk memberi peringatan, dia turut menyelar sikap masyarakat yang hanya tahu mengkritik apabila berkongsi mengenai perihal keagamaan.
“Bila ingatkan benda baik-baik, pergi mana-mana, apa keadaan mesti jaga solat.. serba tak kena..bila ajak liburan, ajak pergi konsert, pergi layan benda benda mengarut.. berpuluh-puluh kali post pun tak apa, siap repost lagi. Apabila fasal solat, sentap tak tentu hala, itulah kesilapan besar kira sebenarnya walhal hidup ini memang untuk sebarkan agama-Nya”
Advertisement
Dalam pada itu, dia turut meminta mereka di luar sana supaya sentiasa merenung kembali tujuan hidup di atas muka bumi ini dan mengutamakan solat meskipun sentiasa sibuk dengan hal duniawi.
“Rugi hidup tak solat.. dah besar panjang dah pun. Nak kaya, nak makan sedap, nak enjoy selalu, pergi bercuti selalu tapi solat tak nak macam mana? Siapa nak bagi?” – Abby Abadi
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.