October 2nd, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan filem Abang Long Fadil 2. Kini filem arahan Syafiq Yusof itu telah mengutip RM17.8 juta, sekaligus mengenepikan filem Polis Evo sebagai pemegang rekod jualan tiket tertinggi di Malaysia. Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan. Untuk makluman, jumlah kutipan filem Polis Evo adalah RM17.7 juta.

abang long fadil 2

Tambah memberangsangkan ialah filem Abang Long Fadil 2 masih lagi ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia sehingga ke hari ini. Ini bermaksud filem yang dibintangi Zizan Razak, Wak Doyok, Tania Hudson dan AC Mizal ini berkemungkinan besar mampu mencecah angka keramat RM18 juta. Berikut ialah kata-kata penerbit Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam berkenaan kejayaan ini:-

Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda. Jika dua tahun lalu, filem Polis Evo karya sutradara baharu, Ghaz Abu Bakar mengejutkan industri perfileman, kini ramai pengarah muda berlumba-lumba menghasilkan filem berkualiti. Saya juga lihat saingan antara anak saya, Syamsul dan Syafiq yang sentiasa mahu filem arahan mereka meningkat kepada tahap lebih tinggi setiap tahun

abang long fadil 2

Berdasarkan sambutan yang diterima, berkemungkinan besar filem Abang Long Fadil akan disambung selepas ini. Ini bermakna akan ada Abang Long Fadil 3 untuk pengikut filem ini. Sudah pasti ia satu berita yang cukup mengujakan. Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.

PS: Adui. Macam mana Abang Nara boleh terlepas pandang Manis Lucky Draw yang telah berlangsung sejak awal September lalu. Jeles sungguh tengok hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh mereka yang bertuah. Ada yang bawa balik iPhone 7, PS4, laptop dan banyak lagilah. Semua hadiah best-best gila punya.
manis lucky draw

Menangis air mata darah pun tak berguna sebab Abang Nara tak boleh nak putarkan kembali masa. Tapi kita semua masih ada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah best di minggu-minggu seterusnya. Untuk makluman, Manis Lucky Draw ini akan diadakan setiap minggu dengan hadiah-hadiah yang berbeza. Untuk minggu kelima ini, tarikh akhir penyertaan ialah esok 3 Oktober 2017. Kita hanya ada masa 1 hari sahaja lagi untuk mencuba nasib memenangi hadiah minggu kelima Hadiah-hadiah untuk minggu kelima ini memang super duper best. Memang rugi sungguh kalau tak join.

manis lucky draw

Yes!!! Anda boleh menang smartphone Huawei P10, Go Pro Hero 5 Black Edition, pakej percutian bernilai RM1000, KFC Voucher dan banyak lagilah. Sekali lagi diingatkan ini adalah minggu kelima dan tarikh tutup penyertaan ialah esok. Berikut Abang Nara sertakan cara-cara nak join Manis Lucky Draw ini:-

1. Download applikasi Manis yang terbaru di Google Play Store atau Apple Store
2. Tangkap gambar resit anda yang mempunyai label Manis Ticket
3. Upload gambar resit tersebut menerusi applikasi Manis

Mudah je kan? Namun kalau anda masih tak berapa faham, boleh tonton video di bawah:-

Jadi silalah bersegera sebab anda cuma anda masa kurang daripada 24 jam untuk menyertai Manis Lucky Draw untuk minggu kelima ini. Kalau terlepas, jangan risau sebab ada lagi peluang untuk minggu keenam dan seterusnya. Untuk makluman, anda boleh menghantar sebanyak 30 resit sebagai penyertaan. Lagi banyak hantar, lagi tinggilah peluang untuk menang. Maklumat lanjut layari Facebook Manis dan juga www.getmanis.com. Selamat mencuba.

September 19th, 2017

Wow. Dasyat sungguh penangan filem Abang Long Fadil 2 yang laku keras di pawagam. Selepas 26 hari ditayangkan, filem arahan Syafiq Yusof ini telah mengutip RM16.92 juta. Kutipan akhir filem ini mungkin akan melebihi RM17 juta kerana sehingga ke hari ini ia masih ditayangkan di lebih 100 buah pawagam. Ini adalah satu petanda yang baik buat industri perfileman tempatan kerana sangat jarang untuk sebuah filem Malaysia bertahan lebih daripada 2 minggu.

abang long fadil\

Berdasarkan review yang Abang Nara baca, memang filem Abang Long Fadil 2 sangat-sangat kelakar dan mempunyai “plot twist” yang tidak dijangka. Rata-rata yang telah menonton filem ini telah memberi 5/5 bintang. Lakonan yang ditunjukan oleh Zizan Razak, Wak Doyok, AC Mizal dan Tania Hudson juga amat memberangsangkan.

abang long fadil

Adakah filem Abang Long Fadil 2 dapat mengatasi kutipan filem Polis Evo yang ditayangkan tahun lalu (RM17,740,000) sekaligus dinobatkan filem tempatan paling laris? Sama-sama kita nantikan. Jangan lupa untuk pergi menonton sebagai tanda sokongan anda. Apa pun, tahniah buat semua yang terlibat di dalam menjayakan filem ini. Anda berjaya membuktikan bahawa filem tempatan masih mampu berjaya jika kena acuannya. Good job and well done. Sumber Berita Harian.

September 6th, 2017

Wow. Serius Abang Nara bangga dengan kejayaan filem Abang Long Fadil 2 ini. Selepas 13 hari, jumlah kutipan arahan Syafiq Yusof ini telah berjaya mengutip RM13 juta. Ini satu angka yang amat memberangsangkan. Untuk makluman, filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Wak Doyok, AC Mizal, Syamsul Yusof dan Tania Hudson ini telah mula ditayangkan di pawagam pada 23 Ogos lalu.

kutipan filem abang long fadil 2

Apa yang lebih mengkagumkan ialah sehingga kelmarin, Abang Long Fadil 2 masih menduduki tangga pertama dalam carta ‘box office’ mengatasi judul antarabangsa bagi filem yang ditayangkan dalam tempoh dua minggu. Pergh, bukan calang-calang kehebatan filem ini. Di kala filem seperti Pencuri Hati Mr Cinderella hanya mengutip kurang dari RM100,000, filem Abang Long Fadil 2 ini menunjukkan bahawa filem tempatan masih ada tempat di hati para penonton sekiranya ia diadun dan disajikan mengikut selera rakyat Malaysia.

kutipan filem abang long fadil 2

Apa pun, filem Abang Long Fadil 2 akan terus ditayangkan di pawagam di dalam masa terdekat ini. Jadi sekiranya anda belum berkesempatan menontonnya, sila jangan lepaskan peluang ini. Berdasarkan review di laman sosial, memang filem Abang Long Fadil penuh aksi, penuh kejutan dan penuh gelak ketawa. Semoga filem ini akan berjaya mengatasi kutipan Polis Evo yang ditayangkan tahun lalu mencatat kadar jualan tiket terbanyak iaitu RM17,740,000. Tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat menjayakan filem Abang Long Fadil 2. Sumber Berita Harian.

November 16th, 2015

Kalau hendak bercerita tentang setiap satu gosip ataupun kontroversi yang menghantui Zizan Razak memang tidak ada kesudahannya, daripada gosip percintaan sehinggalah yang terbaru dimana beliau dituduh menganggu periuk nasi pelakon lain.

Sering dikritik oleh orang ramai meskipun tidak semua mengetahui cerita sebenar  disebalik sesuatu perkara itu, Zizan akui beliau sudah penat menghadapi segala kontroversi lebih-lebih lagi ada sahaja pihak yang cuba untuk menyalahkan dirinya.

Apabila orang bercakap tentang saya bermakna mereka sayang dan berikan perhatian kepada saya. Sebab itu orang asyik bertanya jika ada sesuatu isu baru timbul. Kalau ia cerita yang tidak sedap didengar, saya tak akan jawab. Mana perkara yang tidak betul, saya akan perbetulkan dan biarkan sahaja ia senyap. Mulut orang bila dah penat bercakap nanti berhenti juga.

Kadangkala rasa penat juga apabila orang tidak habis-habis mencari kesalahan saya sahaja. Jika ada yang reka cerita tidak benar biarlah orang itu tanggung sendiri. Saya reda sahaja.

Saya tidak tahu ke mana mahu mengadu dan siapa lagi boleh dipercayakan? Hanya pada Tuhan saya berdoa dan memohon maaf. Itu yang membuatkan saya kuat bertahan.

Bila seseorang itu lebih berjaya pasti akan ada dugaan dan ujian buatnya, sabar ajalah Zizan kerana pilihan hidup sebagai seorang artis, segala kontroversi itu adalah asam garam kehidupan.

Sumber Berita: Mangga Online