July 25th, 2018

Apabila pelakon baru Ariff Aziz melamar dan akhirnya bernikah dengan produser terkenal A.aida yang 18 tahun lebih tua daripadanya, ada yang menganggap Ariff hanya ingin mengejar kemewahan dan harta yang dimiliki oleh isterinya itu.

Bagaimanapun, Ariff menegaskan beliau berkahwin dengan A.Aida atas dasar cinta dan bukanlah berlandaskan wang ringgit. Ariff memberitahu beliau juga mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai aset yang dibeli menggunakan hasil titik peluhnya.

Saya berkelulusan dalam bidang multimedia. Selain berlakon saya juga memiliki perniagaan sendiri. Bukan itu sahaja, saya turut mempunyai kereta dan rumah yang dibeli hasil usaha sendiri. Jadi isu berkahwin kerana harta, pangkat ataupun darjat adalah tohmahan tidak berasas segelintir pihak yang tidak mengenali saya dengan lebih dekat.

Tidak pernah sangka akan timbulnya bibit percintaan antara mereka berdua sepanjang tiga tahun berkenalan, Ariff akui sifat manja A.Aida membuatkan hatinya terpikat.

Ariff dan A.Aida selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu 21 Julai lalu. Majlis resepsi kedua-dua mempelai  akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir produser itu.

Sumber Berita : Utusan Online

July 22nd, 2018

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penerbit A.Aida yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang pelakon muda, Ariff Aziz dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Subang semalam.

Ariff memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000. Pengantin perempuan turut menerima  tiga dulang hantaran hantaran  berupa jam tangan mewah jenama Cartier seberat 1.23 karat dan beg tangan jenama Hermes. Pihak lelaki pula dibalas dengan lima dulang hantaran termasuk jam tangan mewah jenama Hublot, beg bimbit Louis Vuitton, sebentuk cincin, minyak wangi Chanel bersert kuih-muih dan manisan.

A.Aida akui kemeriahan majlis perkahwinannya bersama Ariff membuatkan dirinya terasa seperti seorang pengantin yang baru pertama kali berkahwin.

Saya puas hati dengan majlis ini kerana persiapan yang dilakukan begitu teliti dan saya rasa seperti kali pertama kahwin. Sebelum ini kahwin pun seperti kahwin ‘cowboy’! Tetapi apa yang paling penting, saya mengharapkan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya sudah ada semuanya. Saya tidak minta banyak cukup kehadiran suami yang sayang diri saya dan menjaga saya sebaiknya.

Walaupun menerima pelbagai komen negatif kerana bernikah dengan seorang lelaki yang 18 tahun lebih muda daripadanya, A.Aida bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan percakapan orang. Apa yang penting beliau bukanlah wanita perampas berkahwin dengan suami orang.

Pasangan ini mula berkenalan sekitar tahun 2015 apabila Ariff membintangi salah sebuah drama terbitan A.Aida. Mereka mula rapat sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Selepas mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam dan yakin dengan sikap tanggungjawab yang ada dalam diri Ariff, A.Aida akhirnya menerima lamaran lelaki itu pada 4 Julai lalu.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai dijadualkan akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir penerbit itu.

Sumber Berita : mStar Online