(TAHNIAH) A.Aida Sah Bergelar Isteri Kepada Pelakon Muda Ariff Aziz

Hiburan

(TAHNIAH) A.Aida Sah Bergelar Isteri Kepada Pelakon Muda Ariff Aziz

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penerbit A.Aida yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang pelakon muda, Ariff Aziz dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Subang semalam.

Advertisement

Ariff memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000. Pengantin perempuan turut menerima  tiga dulang hantaran hantaran  berupa jam tangan mewah jenama Cartier seberat 1.23 karat dan beg tangan jenama Hermes. Pihak lelaki pula dibalas dengan lima dulang hantaran termasuk jam tangan mewah jenama Hublot, beg bimbit Louis Vuitton, sebentuk cincin, minyak wangi Chanel bersert kuih-muih dan manisan.

A.Aida akui kemeriahan majlis perkahwinannya bersama Ariff membuatkan dirinya terasa seperti seorang pengantin yang baru pertama kali berkahwin.

Saya puas hati dengan majlis ini kerana persiapan yang dilakukan begitu teliti dan saya rasa seperti kali pertama kahwin. Sebelum ini kahwin pun seperti kahwin ‘cowboy’! Tetapi apa yang paling penting, saya mengharapkan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya sudah ada semuanya. Saya tidak minta banyak cukup kehadiran suami yang sayang diri saya dan menjaga saya sebaiknya.

Walaupun menerima pelbagai komen negatif kerana bernikah dengan seorang lelaki yang 18 tahun lebih muda daripadanya, A.Aida bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan percakapan orang. Apa yang penting beliau bukanlah wanita perampas berkahwin dengan suami orang.

Pasangan ini mula berkenalan sekitar tahun 2015 apabila Ariff membintangi salah sebuah drama terbitan A.Aida. Mereka mula rapat sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Selepas mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam dan yakin dengan sikap tanggungjawab yang ada dalam diri Ariff, A.Aida akhirnya menerima lamaran lelaki itu pada 4 Julai lalu.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai dijadualkan akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir penerbit itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...