Syurga Penyelam Skuba, Terokai ‘Dinding’ Bawah Laut Pulau Sipadan

Travel

Syurga Penyelam Skuba, Terokai ‘Dinding’ Bawah Laut Pulau Sipadan

Anda mesti pernah dengar tentang Pulau Sipadan kan? Pulau Sipadan adalah sebuah pulau lautan yang terletak berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Dengan pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia tentang kebenaran untuk melancong kepada individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, pastinya penggemar aktiviti selam skuba atau scuba diving tidak akan melepaskan peluang untuk kembali ke Pulau Sipadan.

Advertisement

5 bulan lalu

PKP Jadi Penghalang, Wanita Kongsi Suasana Pulau Tioman Untuk Ubat Rindu Para Pelancong

Menurut laporan Harian Metro, Pulau Sipadan merupakan antara destinasi selam skuba yang popular di Malaysia dan ia bukan sahaja mampu menarik perhatian peminat tempatan malah peminat antarabangsa juga. Pulau tersebut sememangnya kaya dengan khazanah hidupan marin yang memukau.

Advertisement

“Pulau Sipadan antara destinasi wajib untuk saya kunjungi setiap tahun,” kata Dr Samir Muhazzab Amin.

Jelas Jurulatih Selam Skuba Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (PADI) dan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia tersebut, setiap tahun sekurang-kurangnya tiga kali dia akan berkunjung ke sana memandangkan ia antara destinasi selam skuba terbaik di dunia.

Pulau Sipadan

Pelbagai spesis ikan yang berenang secara berkumpulan boleh dijumpai di Pulau Sipadan – Sumber Harian Metro

Pulau Sipadan amat dikenali dalam kalangan penyelam rekreasi antarabangsa kerana ia mempunyai topografi unik serta mencabar dan dipenuhi hiudpan marin yang pelbagai.

Lokasi menyelam skuba di Pulau Sipadan boleh diibaratkan seperti meneroka dinding menara KLCC kerana kira-kira 10 meter dari persisir pantai pulau tersebut mempunyai kedalaman dikatakan 600 meter dan seperti tidak berdasar.

Tambah Dr Samir Muhazzab Amin lagi, penyelam skuba akan menerokai panorama ‘dinding’ pulau yang berada di bawah laut ketika menyelam di sekitar Pulau Sipadan.

Penyelam yang mempunyai kepakaran menyelam boleh cuba untuk terokai gua di dalam dunia marin dengan memasuki ke dalam Turtle Cave ketika menyelam. Turtle Cave ini terdapat di dinding pulau tersebut dan di dalamnya dapat dilihat formasi gua di dalam laut.

Pulau Sipadan

Dr Samir merakam memori bersama penyu hijau ketika melakukan aktiviti selam skuba – Sumber Harian Metro

Pulau Sipadan ini juga dilihat sebagai destinasi menyelam eksklusif yang amat dijaga pihak penguasa tempatan. Bagi mereka yang ingin menyelam di situ, tiada penginapan di dalam pulau tersebut. Namun, penyelam boleh memilih sama ada ingin bermalam di Pulau Mabul atau Semporna.

“Lebih mudah gunakan pakej aktiviti menyelam skuba yang disediakan operator berlesen untuk menguruskan aktiviti tersebut termasuk penginapan sekali. Kebiasaannya ramai memilih bermalam di Pulau Mabul kerana mereka boleh menikmati makan laut segar yang dijual penduduk setempat dengan harga amat berpatutan,” kata Dr Samir.

Ia juga mempunyai keindahan marin dengan pelbagai spesies ikan dan batu karang yang unik.

Pulau Sipadan

Pengalaman penyelam untuk menyelam dalam kumpulan ikan jack – Sumber Harian Metro

Antara tarikan di pulau tersebut ialah berenang di lokasi terdapatnya ‘taufan’ ikan barakuda dan jack fish. Selain itu, penyu juga banyak dan pelbagai spesies ikan yu seperti sirip hitam (blacktip) , sirip putih (whitetip) dan kelabu. Penyelam tidak perlu risau kerana ikan yu tersebut tidak menyerang manusia setakat ini.

Jelas Dr Samir lagi, pihak berkuasa taman marin tempatan juga amat menitikberatkan kelestarian hidupan marin di sana. Sebelum memulakan aktiviti selaman skuba, penyelam akan diingatkan untuk menjaga dan tidak merosakkan hidupan marin kerana keunikannya tidak ternilai.

Advertisement

Bagi anda yang meminati aktiviti scuba diving atau yang teringin untuk mencuba aktiviti ini, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Pulau Sipadan dan merasai pengalaman selam skuba eksklusif di sana. Pastinya tidak menghampakan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...