Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syura Akui Terganggu Dengan Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Bekas Suami

Semalam, bekas suami Syura iaitu Mohd Fadhly telah tampil mendedahkan punca mereka bercerai. Menurut Fadhly, Syura mula lupa diri selepas menjuarai Masterchef Selebrti Malaysia musim kedua dan mendesak beliau untuk bercerai.

Advertisement

Kenyataan Fadhly itu mengundang kritikan orang ramai terhadap Syura dan mendakwa selebriti itu senang melupakan susah payah bersama bekas suami demi mengejar populariti.

Hal ini juga mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang tidak mahu mendengar cerita disebelah pihak  sahaja menuntut agar Syura juga tampil memberikan penjelasan lanjut.

Namun, Syura ketika dihubungi pihak media berkata beliau masih lagi serabut dan terganggu dengan kenyataan Fadhly dan akan menjelaskan cerita sebenar selepas beliau tenang.

Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami saya. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan.

Mungkin kenyataan Fadhly sedikit sebanyak memberikan impak kepada Syura, apa-apa pun kita tunggu pula jawapan daripada Syura dan ketahui perkara sebenar. Kalau iya masih ada timbul rasa tidak puas hati selepas bercerai, lebih elok bertemu empat mata dan bincang elok-elok.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top