Written by Bella | January 18th, 2016

Status rumah tangga Syura akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua dalam satu kenyataan yang dibuat olehnya pada minggu lepas bagi mengelakkan kekeliruan berlaku pada masa akan datang.

Bekas suaminya Mohd Fadhly yang sebelum ini enggan memberikan sebarang kenyataan akhirnya tampil dan mendedahkan bahawa Syura sendiri yang mendesak beliau untuk bercerai.

Fadhly bertindak sedemikian kerana ingin menjelaskan salah faham yang berlaku selain menafikan dakwaan beliau mengabaikan Syura.

Jelas Fadhly, Syura juga mula lupa diri apabila semakin popular selepas dinobatkan seabgai juara program realiti memasak, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya.Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati.

Meskipun pelbagai perkara yang sudah berlaku, Fadhly tetap berusaha untuk memujuk Syura kembali kepadanya tetapi usahanya itu gagal.

Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan harapan Fadhly untuk mendapatkan Syura semula dan beliau berharap satu hari nanti mereka akan kembali bersama.

Saya tidak pernah bencikan Syura. Saya lepaskan dia pun kerana sayangkan dia dan tidak mahu menyekat kemahuannya.

Jauh disudut hati saya agar kami dapat kembali bersama sebagai suami-isteri dan saya akan tunggu dia.

Hidup saya kosong tanpa Syura dan anak-anak kami dan saya rindukan saat kami bersama, biarpun tidak mewah tetapi kami gembira.

Syura dan Fadhly pernah bercerai pada kali pertama pada 29 September 2014 sebelum Mohd Fadhly mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.

Mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu.

Sumber Berita: mStar Online

50 responses to Bekas Suami Akui Syura Desak Untuk Bercerai, Mula Lupa Diri Selepas Jadi Juara Masterchef

  1. Anonymous says:

    OMG…juara masak pun dah kekwat. Belum juara Gegagarvaganza lagi… huhuhu

    0

    1
    • miss lollipop says:

      pernah jumpa dia dekat festival modrepublik.. nampak baik, tapi baik yang macam beria2 nak menunjuk dia tu artis bebenor… awk tak yah la beria nak tunjukkan awk tu artis eh, wat lek je dah la, org pun kenal.. nyampah pun ada.. siap cakap ” i kan artis”… eewwww

      0

      0
      • Anonymous says:

        Tak pahamla kenapa mesti nak canang satu mesia punca cerai berai..tak payalah nak kepoh pasal isu sensitif mcm ni..jgn bagi contoh tak baik pada masyarakat..ini hal korang jer..isu cerai ni amatla complicated..tak boleh salahkan satu pihak jer..memasing nak tegakkan siapa salah siapa benar..orng luar tak akan faham situasi korang..apatah lagi media skrg suka mencari isu2 panas utk lariskan media mereka..hati2 jgn jadi mangsa tabloid sudahla..

        0

        0
    • Lala says:

      Dia ni sbnarnya ada affair dengan salah seorang ahli politik dari swk stiap bulan mesti dia pegi kalau tak cya check :)

      0

      0
  2. Anonymous says:

    dah pernah nk cerai. lepaskan lah. it is not working.

    0

    0
  3. Kiah pekasam says:

    Serius mmg btl pn syura yg beria nk cerai lps dia dh juara.suami syura ni cikgu..sblm ni dia duk jb hdup biasa aje.lps syura pksa nk pndh kl sbb nak glamour balik suami ikotkan.tup2 cerai sbb syura nk bebas.hope ada jdoh mereka balik

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Motif mntk cerai sbb tkot ada laki susah nk famous ke? Ke nk cari laki yg pgkat dato pulak? Patut la islam x mngalakkn kawin sepupu.. Gado2 jumpa jgk… Mertua pun dlm golongan sdare.. Dh jd cmni cmne klu bertembung?

    1

    0
  5. . says:

    pempuan nak glamour..carilah glamour tu…tak kemananya.kalau setakat juara masak kt astro.takde maknanya.anak2 lg penting kot.

    0

    0
  6. syura juga. says:

    mesti ada sbb concrete bila isteri minta cerai. Lelaki ni bila dah pempuan dah tunjuk taring dan betul2 hilang dari dia baru tau…

    0

    0
    • akusukadia says:

      aku sokong…sebab dah penah bercerai sebelum ni kan..
      perempuan ni, kalau kita dah hancurkan hati dia, jangan lah harap nak jadi sama macam dulu balik.
      trust me!

      0

      0
    • yg Arif says:

      Susah nak caka0 juga..semua berbalik kepada ilmu dan kesedaran…kkalau perempuan beriman…dia pasti takut nak minta cerai tanpa sebab musabab misalnya di dera atau ditinggalkan 3 kali hadas….sebab segala pahala dan amal kebaikannya automatik burn dan dia dilaknati kalau minta cerai…m

      0

      0
      • Islam agama suci says:

        Islam bukan agama yang kejam. Didalam konteks sekarang, penderaan tidak smestinya hnya fizikal, juga boleh dilakukan melalui mental dan emosi. Jika seorg suami tidak menjalankan tanggungjawabnya pada Allah dan isteri, isteri boleh minta fasakh. Ingat agama Allah adil pada lelaki dan prmpn. Malah, lebih melindungi pada wanita. Jgn beri gambaran pd org kafir bahawa islam melebihkan lelaki dan hidup mati wanita terletak pd tangan lelaki.

        0

        2
  7. Anonymous says:

    Sebelum nk bercerai tu pkirla anak2 tu..kesiannya..dunia ni skejap je.harta ngan glamour tu xbwk masuk kubur pun..

    0

    0
    • enot says:

      Cerai adalah perkara biasa dikalangan pasangan Islam Melayu…mengikut statistik penceraian tertinggi adalah kalangan orang melayu…….Kenapa ni tak berlaku pada bagsa lain dan bukan islam?

      Berjubah, tudung litup tetapi cerai juga yg dipilih…..betapa lemahnye minda

      0

      0
      • aaakulahhh says:

        bodo la kau ni enot…dah rakyat malaysia brapa ramai yg islam berbanding bukan islam…so mmg la statistik camtu..pastu non muslim ada kesah ke nk bercerai ke tak…kawin pn x kesah…x nikh pn boleh jek beranak pinak…ish ish ish..

        0

        0
        • bodo says:

          eh betulkan mentaliti tu sebelum nak bercakap pasal non muslim. ni kes katak bawah tempurung la ni. otak ada tapi akal cetek

          0

          0
      • shamil says:

        bangsa lain pun ada cerai berai.
        cuma tak dicanang.
        melayu nampak obvious sebab majoriti.
        selain itu faktor bersekedudukan tanpa nikah adalah perkara biasa bagi bukan melayu. jadi macam mana nak wujud statistik cerai berai kalau nikah pun idok

        1

        0
  8. melati says:

    tu biasa lah org Melayu…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    ke sang suami yg amik kesempatan kt syura ni.yerla.mentang2 syura dsh byk duit..

    0

    0
  10. kak pamoga gagah says:

    Mohon la jgn menang gegarvaganza tahun dpn.. lagiii kekwat.. dari sumber2 yg bole dpercayai katanya syura dh boipren lain la.. tu psl nk sgt bercerai..nk glamor sgup bercerai..mmg xglamor mne la ko nox..huhu

    0

    0
    • neverlikedher says:

      sedap ke suara dia nak jadi juara uolsssS? sendu je ha. bunyi sengau je lebih. nak ambik form GV pun belum tentu layan. tak caye g tengok dia nyayi kat youtube

      0

      0
  11. minah jambu terlajak habis says:

    nk ape lagi ni si laki syura ? dh cerai tu suda la ape lagi nkan ngan si syura !! biar dia idop bahgia tnpa laki kt sebelah buat semak aje huh ! jangan kacau2 di lagi !

    0

    0
  12. Elaine Joanna says:

    Patutnya kisah macam ni tak perlu keluar. Sang bekas suami tak patut bukak aib, same goes for wife. Yang dah lepas, lepas la. Kalau ada tak puas hati, jumpa berdepan, bincang. Keluar statement macam ni kat media, dua-dua pihak malu. Pandangan masyarakat pun berubah. Kesian anak-anak. Masing-masing dah dewasa, dah matang, tolong la fikir jauh sebelum keluar kata-kata yang mengguris hati dan perasaan orang lain.

    0

    0
  13. Shhh says:

    Tak mustahil kot slah satu sbb mereka bercerai mgkin disebabkan Syura dh kemabli aktif…dulu kan dia kawin muda…msa nama dia baru nak naik…korg kalo lepas ni bila artis nak kawin dia tak kisah kalo popularity dia hilang..ko jgn lah percaya,..org kalo dh biasa hidup dgn dunia glmaer…dia nk jugak org tahu pasal dia…walaupun dh kwin..update lah apa2 pasal dia kt insta ke…pastu mula lah muncul balik lepas dh beberapa tahun..kekonon rindu dgn dunia seni..nak belakon balik lah..nak menyanyin balik lah….pastu tup2 bercerai…sma lah mcm kes dia ni …..lepas kawin kan dh senyap pasal dia…tutp2 muncul plak..then lepas bebrapa bulan mereka bercerai..rujuk balik..cerai semula…OMG syura ko mmg tak reti nk bersyuku dgn suami mcm ni..bukan senang kita nak jumpa lelaki yg benar2 bersungguh utk kita walaupun dh kawin sekalipun…then dia pun dh cuba pujuk ko…oh syura hatimu keras…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Nak bercerai sbb glamour?dl x kawen pun bkn glamour sgt,perasan nk glamour blk cam siti nordiana,klu x mengancam mcm maria farida jgn bermimpi nk cr dato jd suami…

    0

    0
  15. monkeymous says:

    kita xtahu masalah rumah tangga orang………

    0

    0
  16. Anonymous says:

    dah wartawan tanya dia jawap laa.. kang kalau tak jawap kang wartawan kata sombong… kita tunggu serangan balas bekas isteri plak… wartawan malaysia kan kepochi… maafkan saya….

    0

    0
    • hmmmm says:

      bengong gak ko ni kan.. agak2 kalo ko jadi wartawan ko tunggu je cerita ke ko korek cerita? kalo ko tunggu je citer.. alamat.. memang ko tak ke mana la.. nak jadi chief editor pun org tak hingin!

      0

      0
  17. Anonymous says:

    Hidup saya kosong tanpa Syura dan anak-anak kami dan saya rindukan saat kami bersama, biarpun tidak mewah tetapi kami gembira.

    statement ni susah nak kata jujur ke tak..kate jujur kang rupenye cerite betul lain.
    ape pun settle lah cara baik.fikirkan lah anak2.

    0

    0
  18. nana says:

    maybe ada sbb jadi mcm tu…pompuan not simply nak pisah.pasti fikir anak2 dan masa depan..kita jgn jugde mcmtu je..apa kata syura pula

    0

    0
  19. Saerah says:

    Syura elok2 no comment, ko si bekas laki pulak bukak cerita. Akai mana akai? Too emotional eh ko ni? Jgn jawab bole tak? You dont owe an explanation. Buat mcm Syura, jaga hati semua pihak with no comment. Duhhhh!!!! JAngan marah kalo Syura bekak pekong ko pulak. dah ko yang pull the trigger..

    0

    0
    • nyonya says:

      stuju ngn ko. buruk btul klu lelaki bukak cerita rumah tangga…. kater sayang tp bukak cerita.. konpius meouls

      0

      0
    • aaakulahhh says:

      die no komen la..sbb dia yg menggatal…nk hidup mewah ….kawin datuk sume..bodo jugak ko ni saerah..ni sama kes ngan erra fazira ni…cerai anak dpt laki…no comment sume…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ko cakap org bodo, ko lagi bodo kot. Ko ni mesti kaki ngumpat, sumer nak tau sume nak buat konkusen ikut otak ko yg berdaki tu je

        0

        0
  20. Anonymous says:

    Law baca cite syura.zaman masyur dl pon memg gedik. Tak.mustahil die nk.gile glamor balik.

    0

    0
  21. #KimK says:

    Teruknya sikap ex husband Syura ni.move on je lah…mesti ni jantan yg jenis suka mengadu kt mak kalau ada apa2 masalah rumahtangga…ni buka masalah kt public…dh dia x nk,ko terhegeh2 buat apa?pastu dh kau burukkan dia,kau harap dia nk hadap balik la muka kau?plsss la Syura tu lawa kot…

    0

    0
  22. anon says:

    Org perempuan mmg mcm tu, bila dpt suami baik kan, cari pasal pulak. Sama mcm si saida tu. Kalau dpt yg berpoya2 mcm zahnita tu lainlah. Dah beranak pinak, tak syg ke rumahtangga yg dibina bertahun2…… Kene belajar bersyukur.

    0

    0
  23. Nis says:

    Rsanya admin beutifulnara kna baca semula statement suami syura di mstar online agak brbeza bunyinya dgn tajuk yg admin tulis kt sini.maaf ya takut trjadi fitnah pulak.

    0

    0
  24. Nis says:

    Rsanya admin nara ni kena check semula statement husband syura kt mstar bunyinya agak brbeza dgn tajuk admin tulis kt atas tu.takut jd fitnah pulak.

    1

    0
  25. Anonymous says:

    kalau betul cerita ni…kesian bekas suami dia ni..huhuhuh

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Dulu gemok memang ler..sekarang dah kurus..market up sikit

    0

    0
  27. Mirai Suenaga says:

    biasa laa… Si kakak Siti pun sama. Laki dok sayang tp dia sibuk nak cari glamer. Skrg nama pun dah sendu. Apa la sgt glamer ni. Ko isi minyak dpt free ker?

    0

    0