June 17th, 2015

Aktres Vanidah Imran merasa syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandu oleh beliau tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Pandan selepas menjalani penggambaran.

Dalam kejadian tersebut, Vanidah hanya menyedari ada asap keluar daripada kenderaan beliau selepas ditegur oleh seorang pemandu trak.

Tuhan masih beri saya peluang untuk hidup dan saya memanjat kesyukuran di atas apa yang terjadi. Ketika kejadian saya cuba untuk tidak panik. Cuma saya tidak menyedari rupa-rupanya ada keluar asap dari bahagian enjin. Hinggalah ada pemandu trak yang memberitahu perkara berkenaan. Apabila saya masuk di kawasan bercahaya baharu nampak apa yang dimaksudkannya dan api mula kelihatan.

Saya terus memandu kereta ke kiri jalan. Cuma semasa menekan brek tangan, ia seperti tidak berfungsi sepenuhnya. Saya terpaksa merentap brek tangan. Tanpa melengahkan masa, saya capai beg tangan dan cabut telefon daripada pengecaj dan lari ke sisi kereta. Tapi saya disuruh orang yang menyaksikan kejadian itu untuk lari lebih jauh daripada kereta kerana bimbang akan berlaku letupan.

Timbul rasa pelik didalam hati Vanidah dengan kemalangan tersebut yang tiba-tiba berlaku sedangkan sebelum ini tiada petanda yang menunjukkan keadaan kereta itu teruk.

Pada masa yang sama, Vanidah mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba, polis trafik PLUS Malaysia Berhad (PMB) dan pengguna jalan raya yang kebetulan berada di tempat kejadian atas kerjasama yang diberikan.

Paling utama saya nak ucapkan terima kasih dari hati yang tulus kepada pemandu trak yang memaklumkan awal mengenai asap yang keluar dari enjin kereta. Dia lelaki Melayu cuma saya tak sempat tanya nama dan berjumpanya untuk ucapkan terima kasih secara berdepan.

Terima kasih atas usaha gigihnya untuk patah balik menuju ke kereta saya kerana kami memandu di arah jalan yang bertentangan.Tak lupa juga ada penunggang motosikal yang membantu saya membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Syukur Vanidah Imran tidak mengalami sebarang kecederaan. Tidak mengapalah jika kereta tersayang terbakar apa yang lebih penting ialah nyawa anda. Harta didunia ini kita boleh cari tetapi nyawa tiada gantinya.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...