Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Vanidah Imran Terlibat Dalam Kemalangan Kereta Dipandu Terbakar

Menerusi akaun Twitter ondscene.my  mereka melaporkan aktres Vanidah Imran telah terlibat dalam satu kemalangan  dan kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandu oleh Vanidah terbakar dalam perjalanan di Serdang menghala ke Sungai Besi sekitar jam 3.00 pagi tadi. Walaubagaimanapun, Vanidah dikatakan selamat.

Advertisement

Suami beliau Rashidi Ishak telah mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan isterinya itu terlibat semasa dalam perjalanan pulang daripada set penggambaran di Serdang.  Rashidi meluahkan rasa syukur tiada apa-apa yang memudaratkan keadaan isterinya selain memberitah Vanidah masih lagi trauma selepas insiden tersebut berlaku.

Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.

Punca sebenar kenderaan tersebut masih belum diketahui dan pihak Vanidah menyerahkan segala siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong.

Advertisement

Kereta yang dipandu Vanidah Imran itu dimenangi ketika beliau dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.

Sumber Berita: Berita Harian

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama