“Syukur Sangat” – 90k Helai Tudung ‘Sold Out’ Tak Sampai 24 Jam, Wawa Zainal Untung RM2.5 Juta

Hiburan

“Syukur Sangat” – 90k Helai Tudung ‘Sold Out’ Tak Sampai 24 Jam, Wawa Zainal Untung RM2.5 Juta

Pelakon dan juga usahawan selebriti, Wawa Zainal khabarnya menerima berita gembira apabila produk hijab keluarannya iaitu Wawa Scarve telah habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu ia dilancarkan, semalam.

Menurut portal Gempak.com, sebanyak 90,000 helai tudung telah terjual dengan anggaran RM2.5 juta keuntungan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

 Ujar Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia menyifatkan kejayaannya itu sebagai rezeki daripada Allah S.W.T dan bukti sokongan pelanggan setianya selama ini.

Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi.

Dalam pada itu, Wawa berkata bahawa bisnes hijab itu juga dapat membantu peniaga kecil di luar sana dan hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.

Tahniah diucapkan buat Wawa Zainal!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peserta Dewi Remaja tak boleh jawab soalan politik
2 years ago

"Basic Knowledge Pun Kosong!" - Gagap Nak Jawab Soalan Asas Politik, Peserta Dewi Remaja Teruk Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...