“Basic Knowledge Pun Kosong!” – Gagap Nak Jawab Soalan Asas Politik, Peserta Dewi Remaja Teruk Dikecam Netizen

Hiburan

“Basic Knowledge Pun Kosong!” – Gagap Nak Jawab Soalan Asas Politik, Peserta Dewi Remaja Teruk Dikecam Netizen

Sedia maklum, kerajaan di Malaysia sejak lima tahun yang lalu sudah bertukar sebanyak tiga kali untuk mentadbir negara dan pada siapa yang tidak mengikuti perkembangan politik di negara ini, kebarangkalian untuk berasa keliru itu sememangnya tinggi.

Seperti situasi yang dilalui oleh peserta Dewi Remaja baru-baru ini dalam video yang dimuat naik oleh Sinar Harian di Twitter mereka apabila ia memaparkan peserta-peserta berkenaan kelihatan blank apabila ditanyakan soalan politik.

Advertisement

Semasa ditemubual, wartawan telah bertanyakan soalan mengenai tiga parti pembangkang dan tiga parti yang mentadbir kerajaan persekutuan.

Salah seorang peserta telah menjawab tiga parti pembangkang adalah PAS, MUDA serta Barisan Nasional sebelum menukar jawapannya kepada Pakatan Harapan.

Dapat dilihat semasa memberi jawapan, kesemua peserta yang ada disitu kelihatan keliru serta was-was dengan jawapan yang diberikan oleh mereka untuk wartawan yang menanyakan soalan asas politik itu.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan peserta itu semua tidak layak untuk dijadikan contoh kepada orang ramai dan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh gadis Dewi Remaja itu semua kerana soalan yang ditanya boleh dikatakan pengetahuan asas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Anak-anak que haidar
2 years ago

“Boleh Jadi 'International' Model” - Anak Dara Que Haidar Dipuji Cantik Oleh Netizen, 'Vibe' Puteri Sepanyol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...