“Boleh Jadi ‘International’ Model” – Anak Dara Que Haidar Dipuji Cantik Oleh Netizen, ‘Vibe’ Puteri Sepanyol

Hiburan

“Boleh Jadi ‘International’ Model” – Anak Dara Que Haidar Dipuji Cantik Oleh Netizen, ‘Vibe’ Puteri Sepanyol

Pasangan selebriti yang bergelar suami isteri, Que Haidar dan Linda Jasmine sememangnya dikenali dengan cahaya mata perempuan mereka yang comel dan cantik iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra yang kini sudah meningkat dewasa.

Baru-baru ini, kedua-dua anak dara pasangan selebriti itu difahamkan telah menghadiri rancangan MeleTop dan Que Haidar sempat memuat naik beberapa keping foto Ratu dan Cleopatra ketika di set penggambaran.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan netizen tampil memuji kecantikan puteri sulung dan kecomelan si bongsu yang kata mereka ala-ala ‘vibe’ puteri Sepanyol!

Kata netizen lagi, wajah kedua-duanya juga unik dan memiliki potensi untuk menjadi model antarabangsa suatu hari nanti.

Seorang lawa macam mak, seorang comel macam ayah.

Vibe macam dua puteri Sepanyol tu. Anggun dan cantik.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji Que dan Linda pandai mendidik anak kerana kedua-duanya  tidak memiliki akaun media sosial kerana masih lagi belum bersedia.

Sebagai bapa, abang rasa (Que) lagi kenal anak-anak abang. Anak-anak saya, hati diaorang lembut.

Kan kita ada sesetengah, segelintir netizen yang tulis tak elok. Kacau diorang punya ‘feeling’. Saya rasa diaorang tak ‘ready’ lagi untuk ‘handle’ that thing.

Cantik dan comel sungguh kan!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dulu Sopan Je Tutup Dada.." - Fesyen Bengkung Hanna Delisha Dikritik Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...