“Syukur Mak Mentua Saya Tak Kolot Macam Ni” – Beto Kusyairi Bidas Kenyataan Individu Sakit Hati Masih Belum Ada Anak Dengan Isteri

Hiburan

“Syukur Mak Mentua Saya Tak Kolot Macam Ni” – Beto Kusyairi Bidas Kenyataan Individu Sakit Hati Masih Belum Ada Anak Dengan Isteri

Pelakon berkaliber, Beto Kusyairy tampil membidas kenyataan seorang netizen yang seolah-olah ‘panas punggung’ gara-gara dia dan isteri masih lagi tidak dikurniakan anak setelah 16 tahun mendirikan rumah tangga.

Beto dalam hantaran tersebut ada berkongsi tangkap layar yang memaparkan komen yang ditinggalkan individu itu.

Advertisement

Jika saya ibu kepada beto, besar harapan untuk melihat zuriat. Mingkin si isteri boleh berkorban di sini. Isi hati seorang ibu kepada 3 anak lelaki yang masih bujang. Cinta boleh disemaik, generasi dan zuriat yang terputus amatlah menyedihkan.

Maklum dengan komen yang ditinggalkan individu tersebut, Beto memberi respon yang ‘padu’ dan mencuit hati.

Komen beto

Syukur Alhamdulillah, aku dikurniakan mak kandung dan mak mertua yang tidak berfikiran seperti ini. Love you mummy dan mama.

Terdahulu, Beto pernah berkata bahawa dia tidak pernah menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketentuan ilahi yang masih belum dikurniakan rezeki anak.

Beto juga mendedahkan bahawa dia sudah mencuba pelbagai cara bersama isteri dalam usaha menimang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peguam mizz nina
11 months ago

"Secara Rasmi Ibu Kepada Musa Adalah Mizz Nina Seorang" - Peguam Jelaskan Sebab Kes Hak Penjagaan Penuh Anak Angkat Ditarik Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...