“Syukur Hanya Sedikit Terkorban..” – Salah Cakap? Ahli Politik Teruk Dikecam Netizen!

Berita

“Syukur Hanya Sedikit Terkorban..” – Salah Cakap? Ahli Politik Teruk Dikecam Netizen!

Baru-baru ini, seorang ahli politik barangkali tersilap menyusun ayat ketika membuat ciapan di Twitter, apabila mengulas soal nyawa yang terkorban akibat banjir kilat terjadi beberapa hari lalu.

Menerusi platfrom media sosial yang diguna ramai itu, ahli politik berkenaan seolah-olah meluahkan rasa syukur kerana angka yang terkorban tidak terlalu banyak.

Advertisement

Bersyukur hanya sedikit terkorban. Jom stop maksiat dan minimum kan dosa.

ahli politik dikecam netizenSumber : Gempak 

Selepas memuat naik ciapan tersebut di akaun Twitternya, ramai warganet yang lain ‘mengamuk’ membacanya kerana merasakan kenyataan tersebut kurang sensitif buat keluarga mangsa.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi amaran kepada ahli politik terbabit agar tidak ‘tersalah cakap’ serta menjaga tutur kata jika ingin membabitkan isu bencana alam yang sedang dihadapi ramai ketika ini.

Difahamkan melalui tinjauan Gempak, ciapan yang dibuat telah pun dipadam oleh ahli politik itu di Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending berkenaan dengan isu banjir pada pautan di bawah.

KBS buat majlis pasca banjir
2 years ago

"Nak Rasmi Apa Lagi?" - Netizen Pelik KBS 'Ada Masa' Lancar Majlis Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...