Baru-baru ini, seorang ahli politik barangkali tersilap menyusun ayat ketika membuat ciapan di Twitter, apabila mengulas soal nyawa yang terkorban akibat banjir kilat terjadi beberapa hari lalu.
Menerusi platfrom media sosial yang diguna ramai itu, ahli politik berkenaan seolah-olah meluahkan rasa syukur kerana angka yang terkorban tidak terlalu banyak.
Bersyukur hanya sedikit terkorban. Jom stop maksiat dan minimum kan dosa.
Selepas memuat naik ciapan tersebut di akaun Twitternya, ramai warganet yang lain ‘mengamuk’ membacanya kerana merasakan kenyataan tersebut kurang sensitif buat keluarga mangsa.
Dalam pada itu, orang ramai turut memberi amaran kepada ahli politik terbabit agar tidak ‘tersalah cakap’ serta menjaga tutur kata jika ingin membabitkan isu bencana alam yang sedang dihadapi ramai ketika ini.
Difahamkan melalui tinjauan Gempak, ciapan yang dibuat telah pun dipadam oleh ahli politik itu di Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending berkenaan dengan isu banjir pada pautan di bawah.