Syed Saddiq Nafi Langgar Ada Majlis Bertunang – “Segalanya Dah Habis, Baru Saya..”

Hiburan

Syed Saddiq Nafi Langgar Ada Majlis Bertunang – “Segalanya Dah Habis, Baru Saya..”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan dirinya sebagai punca trend lelaki berucap sendiri ketika majlis pertunangan tanpa diwakili sesiapa.

Menerusi satu rakaman temu bual yang dikongsikan semula oleh akaun Threads nurrazie131, Syed Saddiq menjelaskan bahawa beliau tidak melanggar adat pertunangan seperti yang didakwa.

Advertisement

syed saddiq

“Saya tak berucap ya di majlis tunang, saya berucap selepas majlis dah habis. Segala-galanya dah habis,”
“90 minit saya tunggu di dalam kereta tengok siaran langsung je,” ujarnya.

Penjelasan itu dibuat selepas tular satu hantaran netizen yang mendakwa beliau menjadi punca kepada trend pihak lelaki memberi ucapan sendiri dalam majlis pertunangan.

Menurut Syed Saddiq, ucapan tersebut dibuat secara spontan tanpa sebarang skrip. Beliau juga menegaskan bahawa dirinya hanya memasuki ruangan majlis selepas semua proses utama selesai, termasuk acara menyarung cincin serta ucapan daripada wakil kedua-dua belah pihak.

Jelasnya lagi, kehadirannya selepas itu hanyalah untuk sama-sama meraikan hari bahagia bersama keluarga.

“Sebab itu ucapan tiada teks. Masuk tu sebab semua dah habis, sepatutnya ‘happy-happy’ je,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki hadir ke majlis pertunangan dan memberi ucapan sendiri kepada pihak perempuan tanpa diwakili ahli keluarga.

Lelaki itu turut membawa tujuh bentuk cincin serta memaklumkan jumlah mas kahwin yang diberikan kepada bakal isteri.

Perkara tersebut kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang berpendapat tindakan itu kurang sesuai dan dilihat seolah-olah tidak menghormati adat, khususnya dalam budaya masyarakat Melayu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jalil hamid
2026-05-04 14:19:41

(TAKZIAH) Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...