Selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid terhadap empat pertuduhan tersebut iaitu pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Pihak pendakwaan berjaya melepasi kes melampui keraguan munasabah. Tertuduh didapati bersalah.
Mengikut pertuduhan pertama, Ahli Parlimen berusia 30 tahun itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Manakala pertuduhan kedua pula, pengasas MUDA itu didakwa menyalah gunakan RM120,000 daripada akaun Maybank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dan menyebabkan Rafiq Haqim melupuskan wang itu di Maybank cawangan Taman Pandan Jaya.
View this post on Instagram
Dua pertuduhan lagi, Syed Saddiq didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram, masing-masing berjumlah RM50,000 dan dipindah dari akaun Maybank miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera, juga miliknya dipercayai hasil aktiviti haram.
Semalam, Ahli Parlimen Muar itu ada memuat naik hantaran di Instagram memohon pengikutnya mendoakan keputusan mahkamah pada hari ini dan menyatakan bahawa dia mahu membersihkan nama serta yakin kebenaran akan menang.