Syatilla Melvin Serahkan Pada Shaheizy Sam Untuk Umumkan Perkahwinan

Hiburan

Syatilla Melvin Serahkan Pada Shaheizy Sam Untuk Umumkan Perkahwinan

Semalam, Shaheizy Sam mengakui jodohnya sudah dekat dan sudah bersedia untuk berkahwin walaupun enggan mendedahkan identiti penyeri rumah tangganya kelak. Sedang menjalinkan hubungan dengan model serta pelakon Syatilla Melvin tentu sekali ramai yang mengatakan beliau adalah bakal isteri Sam.

Syatilla bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut dan menyerahkan kepada Sam untuk mengumumkan segala perkembangan mengenai perkahwinan mereka.

Advertisement

Biarlah semua kenyataan itu keluar daripada mulut Sam sendiri kerana tidak manis saya sebagai seorang wanita untuk menghebahkan mengenai perkara tersebut. Buat masa sekarang ini, saya cuma boleh katakan no comment mengenai perkara itu dan saya serahkan segalanya kepada Sam untuk menjelaskan kepada orang ramai.
Apa yang keluar daripada mulut Sam itulah juga jawapan saya kerana saya tidak akan sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan sendiri mengenai perkara itu kepada umum;.

Memberitahu hubungan beliau dan Sam buat masa ini amat baik, Syatilla hanya akan memberikan komen berhubung perkara tersebut bila tiba masanya nanti.

Mungkin nanti bila sudah tiba masanya saya akan buka mulut mengenai perkara itu. Sekarang ini biarlah ia menjadi rahsia kami berdua dan bila tiba masanya nanti benda tersebut akan terbongkar juga.

Biarlah anda berdua mempersiapkan apa yang perlu untuk majlis raja sehari anda berdua dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman. Kami doakan agar Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...