April 22nd, 2015

Pelakon Shaheizy Sam mengakui tidak pernah berniat untuk merahsiakan hubungan cinta beliau bersama model dan pelakon Syatilla Melvin. Mereka lebih selesa untuk berkawan dahulu dan menyifatkan Syatilla seorang wanita yang tidak banyak kerenah dan sempoi.

Pada masa yang sama, Sam turut menyatakan bahawa jodohnya sudah dekat tetapi enggan lagi mendedahkan siapakah bakal isterinya itu.

Memang Syatilla wanita paling rapat dalam hidup saya sekarang. Bukan niat saya untuk merahsiakan hubungan kami, tetapi saya lebih selesa kami berkawan dahulu. Apa yang boleh saya katakana, Syatilla seorang wanita yang menyenangkan. Dia seorang yang sempoi dengan sesiapa pun dia boleh ‘masuk’.

Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya confirm. Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu.

Adakah Syatilla Melvin bakal penyeri rumah tangga Sam? Tertanya-tanya juga kami, tidak mengapa mungkin beliau belum bersedia untuk berbicara soal itu. Kami doakan agar apa yang dihajati oleh Sam tercapai dan semoga berbahagia disamping si dia.


Sumber Berita: Astro Gempak

 


Comments are closed.

Loading...