Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syatilla Melvin Sedia Bergelar Isteri

Syatilla Melvin yang kini dikatakan hangat bercinta dengan aktor popular Shaheizy Sam mengakui sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri. Buat Syatilla  beliau mempercayai bahawa kehidupan ini akan lengkap dan sempurna selepas mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Walaupun Syatilla tidak pernah membuka mulut mengenai kisah cintanya, Sam seakan telah memberikan sedikit bayangan bahawa beliau akan memilih Syatilla sebagai suri hidupnya dan hubungan mereka turut mendapat restu daripada ibu Sam sendiri, Khaty Fauziah. Pasangan ini juga sering tampil di depan khalayak bersama.

Setakat ini tiada perbincangan secara rasmi dilakukan keluarga kedua-dua pihak membabitkan majlis pertunangan mahupun pernikahan antara saya dan Sam. Saya tidak ada jawapan untuk setiap pertanyaan mengenai majlis tunang dan pernikahan kami.

Bagaimanapun, tentu saya secara peribadi, andai perkara baik seperti itu berlaku, tidak akan menolaknya. Sebagai orang Islam, kita harus mendoakan yang baik-baik berlaku dalam hidup. Saya sendiri bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Jika sudah bersedia untuk bergelar isteri, mungkin juga kita akan melihat pasangan sensasi ini bersanding tidak lama sahaja lagi. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita : Harian Metro

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top