Syatilla Melvin Tawar Susu Badan Rakan Buat Anak Bongsu Shuib

Berita

Syatilla Melvin Tawar Susu Badan Rakan Buat Anak Bongsu Shuib

Shuib perlu menggalas tanggungjawab yang besar untuk membesarkan empat cahaya mata tanpa bidadari syurganya, Siti Sarah Raisuddin disisi, tambah lagi pada anak keempatnya, Ayash Affan yang baru saja dilahirkan beberapa hari lepas.

anak shuib sepahtu
3 years ago

"Allah Terlalu Sayangkan Ibu" - Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

Advertisement

Menurut laporan mStar, Shuib mula rasa bimbang setelah memikirkan soal susu untuk Ayash Affan yang kini sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ketika dihubungi, Shuib juga mendedahkan bahawa terdapat banyak tawaran yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya itu. Pelakon, Syatilla Melvin juga ada menawarkan kepada Shuib susu badan rakannya yang baru saja lepas berpantang.

Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla Melvin pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa. Nanti jadi ibu susuan, saya taktahu sangat. Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama.

Menurut Shuib, berkemungkinan yang Ayash Affan dah boleh balik rumah dalam sebulan lebih lagi dan masih tidak berpeluang untuk berjumpa kerana risiko tinggi wabak di PPUKM.

Keadaan anak bongsunya itu juga dikatakan semakin stabil dan beratnya juga telah melebihi dari 1.8 kilogram. Ujian saringan juga telah dibuat sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif. Alhamdulillah, semoga Ayash Affan cepat-cepat membesar dengan sihat.

siti sarah
Apapun, semoga terus kuat demi anak-anak ya! Ramai yang mendoakan dan sentiasa memberi sokongan buat Shuib.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...