Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Allah Terlalu Sayangkan Ibu” – Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

anak shuib sepahtu

Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial.

Advertisement

Malah lelaki itu turut berkongsi momen dia memberitahu kebenaran mengenai nasib Siti Sarah kepada anak-anaknya menerusi sebuah klip berdurasi 8 minit di laman Instagram milik arwah baru-baru ini.

Klip tersebut bermula dengan anak sulung mereka yang terlihat sebuah video di laman penstriman popular yang bertajuk ‘Anak-Anak Belum Tahu Ibu Sudah Tiada’ dan menanyakan kebenaran hal tersebut kepada ayahnya.

Advertisement

Shuib kemudiannya dilihat tenang mengumpulkan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu sebelum menyampaikan mengenai kenyataan yang berat itu.

Ibu tak akan balik dah, ibu dah tak ada tau. Kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga.

Sejurus selepas mendengar penjelasan Shuib, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dilihat menangis teresak-esak sambil mendakap ayah mereka.

Allah terlalu suka dengan ibu, jadi Allah ambil. Allah terlalu sayangkan dengan ibu sebab ibu baik.

siti sarah

Dalam pada itu, Shuib turut berpesan kepada anak-anaknya supaya menjadi solehah, pandai mengaji, baik, suka bersedekah dan mendengar kata.

Video berkenaan nyata mengundang sebak netizen terutamanya apabila melihat ketabahan Shuib berkongsi berita berkenaan. Bahkan ramai yang turut mendoakan agar mereka kuat dan menjadi anak yang solehah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Leylla Elskens

    August 11, 2021 at 11:47 am

    huhu..sedihnya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top