Syatilla Melvin Akui Shaheizy Sam Adalah Individu Paling Rapat Dalam Hidupnya

Hiburan

Syatilla Melvin Akui Shaheizy Sam Adalah Individu Paling Rapat Dalam Hidupnya

Satu ketika dahulu, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam pernah dikatakan mempunyai hubungan percintaan. Namun desas-desus itu senyap begitu sahaja apabila kedua-duanya tampil membuat penafian. Kini khabar angin itu kembali bertiup kencang, lebih-lebih lagi selepas Syatilla sering memuatnaik gambar dirinya bersama ahli keluarga Shaheizy Sam, sekaligus membayangkan kemesraan yang telah lama terjalin.

syatilla melvin

Advertisement

Enggan melabelkan hubungannya dengan Shaheizy Sam sebagai pasangan kekasih, Syatilla Melvin membuat pengakuan yang pelakon tersebut adalah individu yang paling rapat dalam hidupnya. Malah sebagai seorang perempuan, tak manislah untuk Syatilla tampil buat pengakuan sekiranya memang ada sesuatu yang istimewa dalam hubungan mereka. Kata Syatilla:-

Untuk fikir ke depan iaitu soal kahwin, rasa belum lagi. Tak nampak apa apa bayangan lagi pun. Saya percaya Tuhan sudah tetapkan jodoh masing-masing. Sampai masanya, kalau ada jodoh… kita rai bersama.

Saya ini perempuan… tak manis dan takut nak buat sebarang pengakuan mengenai cinta. Selagi belum ada kahwin, maka tak adalah hubungan istimewa. Hubungan saya dengan keluarga dia (Sam) pun rapat.

Dia seorang yang sangat mulia hatinya. Semua yang kenal dia akan selesa termasuk saya sendiri. Lagi lama kenal dia… maka lagi dalam saya kenal hati budinya. Cukuplah saya cakap, saya selesa berbaik dengannya dalam keadaan sekarang.

“Dalam hal ini tak wujud istilah saya nak ambil hati keluarga dia (Sam). Tapi lebih kepada berbuat baik. Kalau orang sudah baik dengan kita, kenapa kita tak boleh melakukan hal yang sama

shaheizy sam

Secara jujur, selaku seorang peminat, Abang Nara nak juga tahu siapa kekasih hati Shaheizy Sam. Sam bukannya muda lagi. Memang dah sesuai sangat mendirikan rumah tangga. Lagipun nama Sam sangat kukuh. Setakat buat pengumuman tentang kekasih hati, takkan jatuh punya populariti. Namun tak dinafikan ada sesetengah selebriti yang lebih gemar berahsia tentang perkara ini. Yang penting, diri sendiri gembira. Ye tak? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...