January 13th, 2016

Pengumuman perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilia Melvin semalam sememangnya mengejutkan ramai orang. Ramai yang menggelar pasangan ini sebagai “penipu” kerana masing-masing sebelum ini beria-ia menafikan bakal berkahwin. Malah nama baik ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah turut sama terpalit kerana kenyataannya beberapa hari sebelum ini yang menafikan anaknyabakal berkahwin dalam masa terdekat.

shaheizy samNamun bagi Abang Nara, biasalah selebriti merahsiakan percintaan mereka. Sekurang-kurangnya Shaheizy Sam menepati janji dengan melakukan sidang media untuk mengumumkan perkahwinan mereka. Menariknya, Sam dan Syatilia mula berkawan sejak 6 tahun dan serius bercinta sejak 2 tahun lalu. Sam telah pun masuk merisik Syatilia kira-kira 5 bulan lalu. Sepanjang percintaan, banyak ranjau yang harus ditempuhi. Biasalah kadangkala on dan off. Lebih-lebih lagi Shaheizy Sam seringkali dikaitkan dengan ramai artis lain.

shaheizy sam

Syatilia Melvin mengakui yang hatinya sedikit terasa apabila gosip percintaan Shaheizy Sam sering timbul. Kata Syatilia:-

Tipulah kalau saya tidak pernah rasa sedih atau terasa hati membaca gosip cinta Sam dengan wanita lain. Saya ini seorang yang berterus-terang, kalau ada terdengar gosip atau baca cerita pasal dia, saya akan tanya terus.

Dari sisi lain, saya menghormati kerja Sam dan dia selalu menyakinkan saya untuk tidak cepat percaya cerita-cerita negatif. Maka sebab itulah selama ini saya bersabar dan menghormati permintaan serta caranya yang tidak suka berkongsi cerita cinta kepada umum.

Sam seorang yang popular dan ramai peminat. Dia tidak suka mencampurkan hal kerja dengan peribadi. Itu saya faham dan sebab itulah saya kunci mulut apabila ramai wartawan bertanyakan kisah kami.

Bukan bermaksud saya menipu tetapi saya harus menghormati cara Sam. Jadi, apabila hari ini sampai masanya untuk kami perjelaskan dan umumkan perkahwinan, maka semuanya amat melegakan hati saya

shaheizy sam

Abang Nara suka mendengar kata-kata Syatilia tentang percintaannya dengan Shaheizy Sam. Memang Syatilia banyak bersabar. Akhirnya kalau dah jodoh, memang tak ke mana. Kata Syatilia lagi:-

Kami gaduhlah macam mana pun tetapi akhirnya kami saling mencari untuk penyelesaian. Kami bukanlah seperti pasangan bercinta lain yang kerap keluar dating.

Saya tak pernah rasa pun keluar dating tengok wayang atau shopping bersama. Sebab itu bukan cara Sam. Kalau kami keluar makan di kedai mamak pun saya dah anggap macam dating.

Sam ini cara dan sikapnya susah nak saya perjelaskan. Dia ada nilai romantik yang tersendiri yang hanya saya sahaja yang tahu. Satu perkara yang sangat penting ialah Sam memiliki hati yang sangat baik.

Saya susah macam mana pun atau jatuh bangun saya, dia sentiasa ada di sisi. Senang cakap, kami saling melengkapi.

Sam merupakan satu-satunya lelaki yang sukar difahami tetapi saya bersabar dan berjaya mengatasinya. Dia memiliki mood yang tidak menentu dan adakalanya mood swing mungkin sebab penat bekerja.

Namun saya faham dan sangat menghormati cara serta sikap dia

shaheizy sam

Semoga perancangan perkahwinan Syatilia dan Shaheizy akan berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak melihat mereka berdua di atas pelamin. Confirm sama cantik dan padan. Sama-sama kita doakan.


Comments are closed.

Loading...