Sebut saja nama pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias pasti ramai yang mengenali kerana sering muncul dalam siaran di televisyen memberi ceramah.
Filem berdasarkan kisah penyakit misteri UKE
Terbaru, syarikat produksi Mawi World Entertainment bakal membuat filem berdasarkan kisah penyakit misteri yang dialami oleh Ustaz Kazim sejak empat tahun lalu.
Kata Mawi, tidak mudah untuk pihaknya meyakinkan pendakwah berkenaan tetapi akhirnya bersetuju untuk bekerjasama.
Kira-kira 70 hingga 80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah.
View this post on Instagram
Letak syarat penting
Biarpun sudah mendapat kebenaran untuk menghasilkan filem ini, Mawi memberitahu Ustaz Kazim ada menetapkan syarat penting apabila melakukan penggambaran filem ini.
Syarat paling utama yang dikenakan ialah Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi hero. Pada awalnya, saya sudah ada pilihan sendiri untuk pegang watak dia. Namun, dia sendiri mahu lakonkan watak dirinya.
Dalam pada itu, Mawi berkata biarpun penyakit yang dialami oleh pendakwah itu sudah pulih pada tahun 2022, masih ada gangguan mistik sewaktu penggambaran berlangsung.