“Dulu Kaki Sahaja, Kini Seluruh Badan” – Penyakit Semakin Merebak, Ustaz Kazim Bakal Terima Rawatan Di Luar Negara

Kehidupan

“Dulu Kaki Sahaja, Kini Seluruh Badan” – Penyakit Semakin Merebak, Ustaz Kazim Bakal Terima Rawatan Di Luar Negara

Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias tampil dengan memakai topeng yang menutup majoriti bahagian muka ketika menyampaikan ceramah dikatakan akibat penyakit kulit.

Terkini, beliau memaklumkan bahawa akan menjalani rawatan penyakit yang dihadapinya di negara Arab selama lima hari.

Advertisement

Memetik laporan Sinar Harian, Ustaz Kazim menerangkan penyakit yang dahulunya hanya di bahagian kaki kini telah merebak sehingga ke seluruh badan dan muka membuatkan beliau terpaksa memakai lima lapisan bedak asas untuk melindungi muka daripada cahaya matahari.

Kalau dahulu bahagian kaki sahaja kini sudah satu badan hingga naik ke muka. Keluar rumah saya akan pakai lima lapisan bedak asas tebal untuk melindungi muka daripada cahaya matahari dan sebagainya.”

Tambahnya lagi, doktor juga menyarankan supaya tidak mendedahkan bahagian badan secara terus kepada cahaya matahari.

Ustaz Kazim Elias turut memberitahu beliau pernah menerima tawaran menjalankan rawatan ke luar negara.

Saya terima tawaran dari India, Turkey dan negara Arab. Saya pilih Arab.

Bercerita lebih lanjut tentang penyakit yang dialami, Ustaz Kazim menerangkan keadaan kulit itu menyebabkan dia berasa sakit, gatal dan pedih, malahan membuatkan beliau tidak boleh tidur sejak beberapa bulan lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

duke
2 years ago

(VIDEO) "Pegang Mat, Pasal Syaitan Tu!" - Hura Hara 'Live' Ceramah Ustaz Kazim, Peserta Wanita Tiba-Tiba 'Meracau'?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...