Syamsul Yusof Tak Pulang Pulang, Datin Patimah Kongsi ‘Throwback’ Foto Raya Keluarga – “Keluarga Kami Sudah Tidak Lengkap”

Hiburan

Syamsul Yusof Tak Pulang Pulang, Datin Patimah Kongsi ‘Throwback’ Foto Raya Keluarga – “Keluarga Kami Sudah Tidak Lengkap”

Seperti yang dikatakan Datin Patimah Ismail sendiri, anaknya, Syamsul Yusof masih belum pulang ke rumah dan berjumpa dengan keluarga.

Sejak berlaku kemelut rumah tangganya sebelum ini, pengarah terkenal berkenaan tidak pulang ke rumah bertemu ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam.

Advertisement

 

Keluarga kami sudah tidak lengkap

Terbaru, perkongsian Datin Patimah di Instagram meraih perhatian dan mengundang sebak ramai pengikutnya selepas dia meluahkan tentang keluarga mereka.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah telah berkongsi beberapa foto tradisi keluarga yang diambil pada setiap sambutan Aidilfitri.

Lebih menyentuh hati apabila Patimah berkata keluarga kini sudah tidak lengkap dipercayai kerana ketiadaan Syamsul yang sekian lama tiada khabar berita.

Keluarga kami sudah tidak lengkap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

 

Jangan salah tafsir

Dalam pada itu, Patimah sempat memberi penjelasan di ruangan komen agar orang ramai tidak salah erti dengan pendiriannya yang tidak menyokong apa dilakukan oleh Syamsul.

Jangan salah tafsir, tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang

Sementara itu, ramai warganet yang menyebut tentang ‘penyondol’ ditujukan kepada Ira Kaza yang disifatkan sebagai punca berlakunya perpecahan dalam keluarga ini.

komen

yusof haslam
2 months ago

"Dia Tak Hubungi Saya, Mungkin Masih Merajuk Atau Terkilan" - Yusof Haslam Doa Agar Syamsul Terbuka Hati Kembali Pada Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...